Suntikan fiskal RM11 bilion di bawah PEMERKASA. Ini antara isi penting yang kita kena tahu

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan terbarunya telah mengumumkan beberapa perkara menjelang Mac 2021. Antaranya adalah kerajaan akan melaksanakan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA bernilai RM20 bilion, dengan suntikan fiskal baharu oleh Kerajaan berjumlah RM11 bilion.

Antaranya, kerajaan akan menyediakan dana pembiayaan tambahan sebanyak RM500 juta bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit melalui program di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan SME Corp.

BSN

Melalui Bank Simpanan Nasional (BSN), dana berjumlah RM300 juta akan disediakan dengan had pembiayaan sehingga RM50,000. Lebih menarik, kadar faedah akan dikurangkan daripada 3.5 kepada 3.0 peratus. Tempoh bagi pinjamannya adalah untuk lima tahun dan bayaran ansuran hanya bermula selepas bulan keenam.

TEKUN Nasional

Melalui TEKUN Nasional pula, kerajaan akan menyediakan dana tambahan sebanyak RM60 juta terutamanya untuk Skim Pembiayaan Informal dengan had pembiayaan sehingga RM5,000 bagi perniagaan secara kecil-kecilan seperti rumah, pasar malam dan pasar tamu.

Dalam masa sama, Program TEKUN Mobilepreneur juga akan diperluaskan untuk pembiayaan membaik pulih atau membeli motosikal baharu dengan had sehingga RM10,000. Malah, motosikal pemasangan tempatan dengan kapasiti enjin 150cc dan ke bawah akan diberi pengecualian 100 peratus duti eksais mulai 1 April hingga 31 Disember 2021.

Selain itu, TEKUN turut akan memperkenalkan program TEKUN POS-preneur yang mana pemohon boleh menjana pendapatan melalui kontrak penghantaran barangan. Bantuan pembiayaan ini diberikan sehingga RM20,000 untuk tujuan baik pulih kenderaan dan sehingga RM50,000 untuk pembelian van atau lori.

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Bagi MARA pula, Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro akan dilaksanakan dengan keutamaan untuk membantu 1,000 PKS mikro Bumiputera bagi meneruskan kelangsungan perniagaan. Dengan itu, sebanyak RM50 juta disediakan dengan nilai pembiayaan sehingga RM50,000 pada kadar faedah serendah 3.0 peratus.

SME Corp

Untuk SME Corp, badan itu akan menyediakan RM50 juta bagi membantu PKS tempatan mendapatkan pembiayaan sehingga RM250,000 pada kadar faedah juga serendah 3.0 peratus.

_______

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…