Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) buka lebih 300 kekosongan baru: Berminat, mohon sekarang

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah ditubuhkan sejak pada hari kemerdekaan negara – 31 Ogos 1957. Sebagai salah sebuah badan penting di negara ini, tugas-tugas SPA adalah seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ia termasuklah dalam menguruskan pelantikan anggota Perkhidmatan Awam secara tetap, sementara, kontrak, tukar sementara dan pinjaman. Suruhanjaya ini turut berkuasa menamatkan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam mengikut syarat-syarat pelantikanan, selain melaksanakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat.

Selaras dengan peranannya itu, kini SPA telah membuka lebih 300 kekosongan jawatan bagi Perkhidmatan Awam di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 (Bahasa Arab)
    • Kekosongan (53) & Simpanan (53)
  2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 (Pendidikan Islam)
    • Kekosongan (95) & Simpanan (100)
  3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 (Bahasa Melayu)
    • Kekosongan (8) & Simpanan (8)
  4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 (Matematik)
    • Kekosongan (10) & Simpanan (10)
  5. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 (Sains)
    • Kekosongan (7) & Simpanan (7)

 

Syarat-syarat kelayakan bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Diploma dalam bidang perguruan daripada institusi Perguruan tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,698.00); atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,844.44).
  • Dengan keperluan bidang dalam subjek pendidikan yang ditetapkan.

 

Syarat kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara memohon:

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat lebih terperinci iklan jawatan boleh dilihat DI SINI. Untuk permohonan jawatan, pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di https://spa9.spa.gov.my/login, dengan mendaftar dulu di sistem berkenaan dan memilih jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat jawatan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 MEI 2021, Isnin (11.59 malam).

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…