Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) buka pelbagai kekosongan jawatan: Gaji RM1,216 – RM4,008

Berita gembira kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi anggota kumpulan pelaksana untuk melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di SPP adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan – jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

Pelbagai jawatan ditawarkan, antaranya:

  • Pembantu Tadbir N19 (Perkeranian/Operasi)
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  • Pembantu Pengurusan Murid N19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  • Pegawai Perkhidmatan Pelanggan N19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  • Penyelia Asrama N19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  • Pembantu Makmal C19
    • Gaji: RM1,357 – RM4,008
  • Pembantu Operasi N11
    • Gaji: RM1,216 – RM2,983
  • Pemandu H11
    • Gaji: RM1,264 – RM2,939

 

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki kelayakan akademik pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut ketetapan khusus jawatan.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PMR atau SPM mengikut ketetapan khusus jawatan.

 

Cara memohon

Bagi yang berminat, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dirujuk DI SINI. Manakala, permohonan pula hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) di laman mySPP.

Pemohon bagaimanapun perlu mendaftar dahulu di sistem berkenaan, mengisi maklumat diri, akademik, pengalaman dan sebagainya sebelum boleh mengemukakan sebarang permohonan. Pemohon juga diwajibkan mengisi maklumat yang tepat dan benar bagi memudahkan proses permohonan.

Hanya pemohon yang melepasi tapisan dan menepati syarat-syarat kelayakan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 JUN 2021 (Isnin).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pada ketika ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…