Syarat-syarat & cara memohon bantuan BINGKAS RM300/sebulan kepada yang berkelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, kerajaan negeri Selangor di bawah Belanjawan 2022-nya telah memperkenalkan inisiatif Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).

BINGKAS secara asasnya melibatkan bantuan kewangan sebanyak RM3,600 setahun atau RM300 sebulan yang akan diberikan kepada setiap keluarga yang layak di negeri berkenaan.

Berdasarkan ucapan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari – bantuan berkenaan akan bermula pada bulan Februari tahun hadapan, dengan peruntukan sebanyak RM108 juta, dan memanfaatkan 30,000 keluarga.

Syarat-syarat Kelayakan

Tambah Amirudin Shari lagi, BINGKAS diperkenalkan bagi meluaskan capaian dan menambah baik program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT).

Malah, melalui BINGKAS penerima bantuan KISS dan KISS-IT sedia ada seramai 21,000 orang, akan ditambah 9,000 orang lagi.

Oleh itu, kemungkinan besar syarat-syarat kelayakan BINGKAS akan sama seperti mana bantuan KISS iaitu:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi tempoh 10 tahun;
  • Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak / tanggungan di bawah umur 21 tahun;
  • Berpendapatan bulanan seisi rumah di bawah RM2,000;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor;
  • Berdaftar sebagai pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) di bawah kategori pendapatan bawah RM2,000.00 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data Sistem eKasih.

 

Cara Memohon

Bagi permohonan BINGKAS, ia nanti boleh dibuat secara atas talian melalui sistem pendaftaran KISS – DI SINI.

Dalam masa sama, pendaftaran juga boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang boleh didapati di:

  • Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri;
  • Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen;
  • Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis;
  • Pusat Wanita Berdaya;
  • Muat turun secara atas talian (DI SINI)

 

Borang lengkap kemudiannya perlu diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri tempat tinggal pendaftar.

Maklumat lanjut berkenaan BINGKAS dan pelbagai lagi inisiatif di bawah Belanjawan 2022 Selangor boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…