Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Salah satunya adalah Bantuan Kanak-Kanak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertujuan untuk:
- Membantu keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak mengikut peringkatnya; - Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak- kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.
Kadar Bantuan Kanak-Kanak
Kadar bantuan ini ditetapkan dari RM150 hingga RM1,000 sebulan dengan pecahan berikut:
- RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
- RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun;
- Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Baca juga:
- Bantuan e-Wallet BINGKAS RM300 setiap bulan diteruskan untuk tahun depan: Ini cara memohonnya
- Pendapatan bawah RM5,000: Berikut cara memohon Bantuan Bil Air Percuma sehinggga tahun 2024
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Pemohon juga perlu membawa dokumen-dokumen berikut ketika mengemukakan permohonan:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Dimaklumkan juga bahawa Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.