Syarat-syarat & cara memohon bantuan ‘one-off’ RM2,700 untuk jana pendapatan

Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

JKM juga menggalakkan kumpulan sasarnya untuk berdikari dan menjana pendapatan bagi kelangsungan hidup dan memajukan diri.  Oleh itu, JKM telah memperkenalkan Geran Pelancaran yang bertujuan untuk:

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Kadar Bantuan

Mereka yang layak sebagai penerima Geran Pelancara akan menerima bantuan sebanyak RM2,700 secara sekaligus atau ‘one-off’.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

 

Seperti mana yang dimaklumkan dalam syarat-syarat kelayakan, bantuan ini diberikan kepada kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan JKM sedia ada sahaja.

Oleh itu, jika seseorang itu bukan penerima bantuan JKM – mereka boleh mengemukakan permohonan bantuan bulanan JKM terlebih dahulu dan sekiranya layak serta tersenarai sebagai penerima bantuan, maka mereka boleh mengemukakan permohonan untuk bantuan Geran Pelancaran.

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan dan ingin memohon, permohonan boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Bagi memudahkan proses permohonan, pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen sokongan seperti berkut:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada), dan
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

 

Maklumat terperinci berkenaan Geran Pelancaran boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…
Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…