e-dompet

Selain e-Madani RM100: Ini syarat-syarat & cara memohon e-Dompet RM300 setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Ia diperkenalkan bagi membantu rakyat Malaysia dari kalangan mereka berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Salah satunya adalah melalui sebuah bantuan e-Tunai yang dikenali sebagai eMADANI. Bantuan ini melibatkan pemberian e-Tunai sebanyak RM100 kepada lebih 10 juta rakyat Malaysia bagi pembelian secara fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Ia juga berobjektif untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat.

Untuk makluman, e-Madani ini telah pun selesai dilaksanakan iaitu dengan tempoh pendaftaran yang dibuka mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023  hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024. Kredit eMADANI pula boleh digunakan sehingga jam 11.59 malam, 29 Februari 2024 sahaja.

Tetapi, di peringkat negeri juga ada diperkenalkan sebuah bantuan e-Tunai sebanyak RM300 setiap bulan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan e-Dompet ini: –

Bantuan e-Dompet RM300

Bantuan yang dimaksudkan ini adalah BINGKAS atau Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor. Bantuan di bawah Kerajaan Negeri Selangor ini diperkenalkan bagi meringankan beban kewangan rakyat dan  membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.

Bantuan e-Dompet BINGKAS melibatkan sumbangan sebanyak RM300 setiap bulan secara automatik kepada mereka yang layak dan diluluskan permohonannya.

“Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik.

Program ini meluaskan capaian dan menambahbaik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga dengan menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM 300 bagi setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan,” petikan ucapan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

Cara Memohon

Permohonan e-Dompet BINGKAS boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS. Kepada yang diluluskan permohonannya, e-Dompet ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di kedai-kedai di bawah program BINGKAS.

Barangan itu merangkumi beras, roti, biskut, telur, gula, garam, rempah ratus, tepung, minyak masak, ubat-ubatan, sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, daging dan banyak lagi (senarai penuh lihat DI SINI).

Cara menggunakan BINGKAS pula adalah seperti tatacara berikut:

  • Kunjungi kedai-kedai berdaftar di bawah senarai BINGKAS;
  • Pilih barangan yang ingin dibeli;
  • Juruwang akan mengimbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan;
  • Juruwang buat saringan mengikut barang-barang yang tersenarai di bawah BINGKAS;
  • Penerima klik pada Kad BINGKAS di aplikasi;
  • Penerima klik ‘PAY’ dan pilih akaun BINGKAS;
  • Penerima masukkan pin 6 digit bagi pengesahan pengaktifan Kod QR;
  • Juruwang imbas Kod QR bagi pembayaran.

 

Dimaklumkan bahawa, bermula pada 1 Jun 2023 – bantuan kewangan BINGKAS sebanyak RM300 sebulan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke hadapan bulan seterusnya, akan tetapi dengan had e-wallet sebanyak RM600 sahaja.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lebih lengkap, cara menggunakan dan cara memohon boleh dirujuk Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan…