Syarikat teknologi dan automasi dari Jerman, Leuze bakal membina kilang baru di Melaka dan dijangka akan siap pada suku pertama 2022. Diasaskan pada tahun 1963 di Owen, Jerman – Leuze menghasilkan pelbagai produk pengimbasan merangkumi pensuisan, pengukuran, sistem pengenalan, penyelesaian data, pemprosesan imej, keselamatan mesin dan sistem.

Produk Leuze juga telah memasuki pasaran dunia khususnya di Amerika Syarikat (AS), Brazil dan China. Sebagai usaha mengukuhkan kedudukannya, Leuze mula hadir ke rantau ini pada 2006 di China dan 2015 di Singapura. Kini firman Jerman itu mengorak langkah pula ke Melaka bagi menenuhi pasaran Asia.

Gambaran kilang tu nanti. Gambar: Evertiq.

Kilang yang berkeluasan 17,000 meter persegi itu akan dikenali sebagai Leuze Electronic Assembly Malaysia Sdn Bhd, iaitu anak syarikat milik penuh Leuze electronic GmbH + Co KG. Pada fasa perkembangan awal, kira-kira 4500 meter persegi akan disiapkan untuk operasi logistik pengeluaran dan gudang, manakala 1000 meter persegi lagi untuk pentadbiran.

Setelah fasa awal selesai, dijangka ia akan membuka sekitar 200 peluang pekerjaan baru kepada rakyat negeri Melaka dan Malaysia amnya.

“Pembinaan kilang baru di Malaysia, Asia Tenggara mewakili komponen penting dalam strategi pertumbuhan global kami… Asia adalah pasaran yang berkembang pesat dalam bidang elektronik dan menjanjikan potensi yang belum berkembang. Contohnya dalam bidang automasi makmal, salah satu industri tumpuan kami.” – Matthias Höhl, Naib Presiden Leuze di Asia. Petikan dari Evertiq.

 

Sumber: Evertiq & Leuze.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

.

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…