Syarikat pemprosesan makanan ni jadi syarikat pertama bersalah mengikut Akta 446

Sebuah syarikat pemprosesan makanan telah menjadi syarikat pertama di negara ini yang didapati bersalah mengikut Akta Standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Ia berikutan dengan keputusan Mahkamah Sesyen Alor Setar yang menjatuhkan denda sebanyak RM20,000 terhadap syarikat Twenty-Twenty Food Industry Sdn Bhd atas kesalahan tidak menyediakan kemudahan penginapan dan asrama yang diperakui oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) kepada146 pekerjanya pada pertengahan Januari lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, syarikat berkenaan didakwa telah menempatkan seorang pekerka asing warga Indonesia di dalam sebuah asrama yang tidak menerima perakuan penginapan mengikut Seksyen 24D(1) Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) di Nombor 1, Jalan Kedundung, Pokok Sena pada13 Januari lalu.

Selain itu, syarikat berkenaan juga didakwa telah gagal menyediakan penginapan seperti yang diperuntukkan di bawah subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Penginapan dan Penginapan Berpusat) 2020, iaitu menyediakan nisbah satu bilik air dan tandas kepada 15 pekerja (1:15).

Dalam masa sama, syarikat tersebut turut didakwa di bawah Seksyen 24D (3) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja 1990 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 bagi kedua-dua kesalahan.

Dalam proses rayuan, pengurus besar syarikat ada memohon agar Mahkamah tidak menjatuhkan hukuman denda dengan alasan wang tersebut boleh digunakan untuk menaik taraf kemudahan dan asrama pekerja.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kedah, Norulaskin Mustafa tetap memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap syarikat itu disebabkan ia telah melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan ancaman penyakit, selain menjadi pengajaran kepada majikan-majikan lain.

Menurut fakta kes, syarikat tersebut dikatakan hanya menyediakan dua blok asrama seperti dormitori bagi lebih kurang 146 pekerjanya yang berlainan jantina dan gagal menyediakan tandas serta bilik air mencukupi.

Sumber: Astro Awani.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…