Tabung Haji catat agihan keuntungan 3.10 peratus, lebih tinggi dari tahun sebelumnya

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 sebanyak 3.10 peratus, iaitu lebih baik dari tahun sebelumnya sebanyak 3.05 peratus. Agihan itu juga melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada 2019.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam satu kenyataan berkata, walaupun persekitaran ekonomi negara dan dunia pada tahun lalu tidak menentu akibat penularan Covid-19, prestasi kewangan TH nampaknya kekal positif.

“Alhamdulillah, pendeposit TH dapat menikmati keuntungan yang lebih baik bagi tahun 2020 walaupun berdepan ekonomi yang kurang baik tahun lalu. Sebagai institusi yang memegang amanah mengurus hampir RM77 bilion deposit umat Islam Malaysia, TH akan terus memastikan dana ini dilaburkan dengan selamat agar kekal mampan.” – Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, petikan dari Berita Harian.

Tambah Dr Zulkifli, setakat 26 Februari lalu, jumlah deposit di TH telah mencecah RM76.7 bilion iaitu pada paras tertinggi dalam sejarah, sekali gus mencerminkan keyakinan pendeposit.

Dalam masa sama, pendepoit juga tidak perlu lagi membayar zakat simpanan mereka, kerana pihak TH telah pun melunaskan bayaran zakat sebanyak RM106.2 juta. Para pendeposit boleh mula membuat semakan agihan keuntungan di akaun masing-masing selepas jam 12 tengah hari – 03 Mac 2021.

Sumber: Berita Harian.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…