Tak bertanggungjawab: Kilang di JB ni cuba sembunyikan kematian pekerjanya terjatuh dalam tangki

Pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor telah memberikan dua notis kepada sebuah kilang yang beroperasi di Jalan Platinum Utama, Pasir Gudang, Johor Bahru setelah didapati cuba menyembunyikan kemalangan maut melibatkan seorang pekerjanya.

Ia rentetan dari kes seorang pekerja syarikat berkenaan yang maut selepas terjatuh ke dalam tangki yang mengandungi sisa buangan berjadual.

Berdasarkan laporan Utusan Malaysia, kes berkenaan melibat pekerja lelaki warga Myanmar berusia 35 tahun yang berlaku pada 7 Mei lalu ketika mangsa sedang melakukan pemeriksaan rutin terhadap tangki berukuran lapan kaki tinggi dan lapan kaki dalam serta mengandungi sisa air buangan berjadual sedalam satu kaki berkenaan.

Selepas kejadian, mangsa yang masih sedarkan diri telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan. Tetapi disahkan meninggal dunia sehari kemudian atas sebab kecederaan paru-paru dengan sindrom kesesakan respiratori akut (ARDS) dan kegagalan pelbagai organ badan.

Ekoran tindakan tidak bertanggungjawab kilang berkenaan, JKKP Johor telah mengeluarkan dua notis iaitu di atas kegagalan memastikan pekerja bekerja dengan selamat ketika melakukan aktiviti kerja di tangki ‘neutralization’ tersebut dan kegagalan majikan tidak melaporkan kemalangan maut itu di pejabat JKKP terdekat.

Tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Majikan bertanggungjawab mengenal pasti bahaya, menganalisis dan mentafsir risiko berkaitan dan melaksanakan langkah kawalan sesuai.

“Ia merupakan kewajipan am di mana majikan perlu menyediakan tempat kerja yang selamat untuk pekerjanya dan orang lain yang berkaitan,” – kenyataan JKKP Johor, petikan dari Utusan Malaysia.

Kes ini sekali lagi membuka mata kita tentang peri pentingnya aspek keselamatan di tempat kerja dan perlunya sikap tangungjawab majikan apatah lagi bila melibatkan kejadian yang mengorbankan nyawa.

Sumber: Utusan Malaysia.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…