Boleh dikatakan majoriti penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau sebarang bantuan kerajaan akan menerima amaun masing – masing melalui Bank Simpanan Malaysia (BSN). Bagaimanapun, masih ada di kalangan ahli BSN tidak memiliki akaun secara atas talian dan ada juga yang masih pergi ke mesin ATM untuk memeriksa sama ada bantuan telah masuk atau belum.
Keadaan ini walaupun boleh saja dilakukan, tapi kadang kala ia mengambil masa sekiranya perlu beratur di ATM. Lebih malang lagi sekiranya selepas beratur panjang, rupa-rupanya amaun bantuan masih lagi belum didepositkan.
Namun, dengan menggunakan perbankan internet myBSN, urusan kita bertambah mudah kerana bukan saja dapat memeriksa sama bantuan telah masuk atau tidak, tetapi amaun itu juga boleh dipindah ke akaun bank lain.
Oleh itu, berikut adalah tatacara mendaftar myBSN secara mudah dan pantas. Tetapi ingin dimaklumkan dahulu bahawa pendaftaran ini hanya terbuka kepada pemilik akaun BSN sahaja dan sekiranya belum ada, anda bolehlah membuka akaun BSN di cawangan terdekat.
Tatacara pendaftaran myBSN:
Langkah pertamanya, anda perlu layari Portal Rasmi BSN di: https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do dan klik ‘Register’ di laman berkenaan.
Selepas itu, anda akan dibawa ke laman Pendaftaran Kali Pertama (First Time Registration), dan anda dikehendaki membaca dan memahami terma & syarat yang dipaparkan. Jika anda bersetuju dengan terma & syarat tersebut, anda boleh klik ‘Accept’ dan ‘Next’.
Seterusnya, anda hanya perlu mengisi maklumat yang diminta iaitu seperti:
- No Kad Debit/Kredit
- CVV2
- Tarikh tamat tempoh kad
- Nombor Kad Pengenalan
Setelah itu, anda masukkan pula username di ruangan ‘username’ yang disediakan dan masukkan juga kata laluan di ruang ‘password’. Kemudiannya, klik pada ‘request OTP’ dan sahkan nombor telefon anda yang telah didaftarkan untuk akaun BSN, serta tekan ‘Confirm’.
Anda akan menerima Kod OTP menerusi SMS di nombor yang didaftarkan dengan BSN. Seterusnya, pilih satu gambar dalam ‘Online image’ Gambar ini akan dipaparkan pada setiap kali anda log masuk (login) ke myBSN.
Akhir sekali, klik ‘submit’.
Cara login di myBSN:
- Anda hanya perlu pergi ke laman myBSN DI SINI
- Masukkan username yang telah didaftarkan
- Pastikan paparan Online Image anda tepat dengan pilihan yang dibuat ketika pendaftaran
- Masukkan kata laluan/password yang didaftarkan
- Isikan maklumat setelah berjaya masuk
- Pilih soalan rahsia dan berikan jawapannya.
- Pendaftaran myBSN anda berjaya
Untuk maklumat lanjut tentang tatacara pendaftaran dan penggunaan myBSN, boleh rujuk DI SINI. Jika mempunyai sebarang pertanyaan pula, boleh hubungi talian: 1300 88 1900.
_____
Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021