Tak perlu kepujian subjek B. Melayu: PDRM longgarkan syarat kemasukan bukan Bumiputera

Bagi menggalakkan lebih ramai lagi bukan Bumiputera menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kini calon bukan Bumiputera boleh mengisi kekosongan jawatan konstabel tanpa perlu mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din yang berkata kelonggaran tersebut diberi hanya untuk permohonan jawatan konstabel Gred YA1 lelaki dan perempuan menerusi Pengambilan Khas Bukan Bumiputera bermula pada 18 Mac ni.

Bagaimanapun, mereka yang terpilih menjawat jawatan itu kemudiannya perlu menduduki semula subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM dalam tempoh enam tahun mereka berkhidmat dan perlu lulus dengan kepujian.

“Sekiranya masih gagal dalam tempoh enam tahun, khidmat mereka akan ditamatkan.” – Datuk Ramli Din, petikan dari BH Online.

Selain itu, terdapat pelbagai lagi syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon, seperti:

  • Memiliki satu kepujian untuk mana-mana subjek peringkat SPM.
  • Lulus empat mata pelajaran lain atau lulus Sijil Vokasional Malaysia.
  • Tinggi sekurangnya 163cm (lelaki) dan 157cm (wanita).
  • Berat badan sekurangnya 50kg (lelaki) dan 48kg (wanita).
  • Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.

 

Dalam masa sama, PDRM juga akan membuat pengambilan khas anggota dari kalangan Orang Asli dengan kelonggaran syarat seperti ketinggian 160 cm untuk lelaki dan 155 cm untuk wanita.

Bagi permohonan Pengambilan Khas Bukan Bumiputera, ia boleh dibuat di laman web – https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my dari 18 hingga 31 Mac 2021. 

Sumber: Berita Harian.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…