Tak semua kategori B40 boleh dapat BKC Fasa 3: Ini jumlah bayaran & mereka yang layak

Bantuan Khas C-19 (BKC) adalah sebuah bantuan tunai langsung yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik yang melanda negara.

Melalui BKC, pembayaran tunai akan diberikan kepada yang layak sebanyak tiga fasa pada bulan September, November dan Disember 2021. Pembayaran BKC Fasa 1 dan 2 telah pun selesai pada bulan September dan November lalu, maka kini hanya berbaki Fasa 3 iaitu pada bulan Disember.

Akan tetapi, tidak semua kategori penerima layak menerima pembayaran BKC Fasa 3, dan ini adalah penjelasannya: –

Penerima BKC Fasa 3

Pembayaran BKC Fasa 3 akan melibatkan pembayaran sebanyak RM300 bagi setiap mereka yang layak. Berikut adalah kategori penerima yang akan menerima pembayaran BKC Fasa 3:

  • Miskin (Isi Rumah): RM300
  • B40 (Isi Rumah): RM300

 

Kaedah Pembayaran

Seperti mana pembayaran BKC di fasa-fasa sebelum ini, pengkreditan BKC Fasa 3 juga akan melalui kaedah sama iaitu ke akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021.

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun berstatus tidak aktif – penebusan BKC boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Dalam masa sama, dimaklumkan juga bahawa BKC tidak melibatkan sebarang permohonan kerana kelayakan penerima ditentukan berdasarkan syarat kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 dan juga pembayar cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Semakan BKC

Bagi yang ingin membuat semakan berkenaan status kelulusan dan jumlah layak terima, ia boleh dibuat secara atas talian di portal rasmi BKC – DI SINI.

Bagi yang telah terlupa kata laluan, penepatan semula kata laluan turut boleh dibuat di portal sama dengan klik pada butang ‘Lupa Kata Laluan’ selepas mengisi nombor Kad Pengenalan (MyKad) di ruang semakan.

Untuk maklumat terperinci dan lengkap berkenaan BKC, boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…