str

Tak semua layak terima STR: Punca-punca tidak layak & cara memohon semula

Bagi membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan tunai telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan ini diberikan dengan tujuan untuk membantu mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Ia termasuklah bantuan-bantuan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai yang diperkenalkan itu: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR atau Sumbangan Tunai Rahmah adalah bantuan kepada rakyat negara ini bagi membantu mereka menghadapi dan meringankan beban kos sara hidup. Bantuan ini diberikan dengan kadar tertentu dan diberikan kepada kategori isi rumah, bujang dan warga emas.

Bagi tahun 2024, Sumbangan Tunai Rahmah diberikan kepada mereka yang menepati kriteria-kriteria berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

Punca-Punca Tidak Layak STR atau Permohonan Ditolak

Berdasarkan maklumat-maklumat yang telah diterbitkan di Portal Rasmi STR, terdapat pelbagai punca mengapa permohonan ditolak. Berikut adalah punca-punca kerana tidak menepati syarat-syarat kelayakan:

  • Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000;
  • Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000 termasuk pendapatan sewa;
  • Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian;
  • Pemohon berdaftar sebagai Pengarah Syarikat;
  • Pemohon berdaftar sebagai Perkongsian Liabiliti Terhad;
  • Pasangan berdaftar sebagai Pengarah Syarikat;
  • Pasangan berdaftar sebagai Perkongsian Liabiliti Terhad;
  • Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian;
  • Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40);
  • Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40);
  • Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40);
  • Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah yang melebihi RM300,000;
  • Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Terdapat juga mereka yang ditolak permohonan mereka kerana kesilapan ketika mengemukakan permohonan. Antaranya atas sebab-sebab berikut:

  • Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan;
  • Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan;
  • Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan;
  • Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan;
  • Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain;
  • Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain;
  • Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan;
  • Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan.

Permohonan Rayuan STR 2024

Bagi mereka yang ditolak permohonannya, permohonan rayuan boleh dibuat di Portal Rasmi STR dengan mengemukakan dokumen-dokumen sokongan yang diminta/ditetapkan.

Selain itu, permohonan rayuan juga boleh dikemukakan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.

Dimaklumkan juga bahawa kemas kini Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat selagi permohonan rayuan masih belum diproses oleh pegawai HASiL. Sekiranya Permohonan Rayuan STR telah diproses oleh pegawai HASiL, kemas kini Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara manual di kaunter Pejabat HASiL.

Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan STR 2024 boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Am Persekutuan: Maklumat bayaran setiap bulan & syarat-syarat kelayakan

Bantuan Am Persekutuan: Maklumat bayaran setiap bulan & syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan tunai telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
SARA dikreditkan September 2024: Maklumat penerima, tarikh & jumlah bayaran

SARA dikreditkan September 2024: Maklumat penerima, tarikh & jumlah bayaran

Keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat telah menjadi antara salah satu isu utama di kalangan masyarakat. Prihatin dengan hal…
Pelbagai jawatan kosong ASWARA dengan gaji sehingga RM9,607: Kelayakan PT3 hingga Ijazah

Pelbagai jawatan kosong ASWARA dengan gaji sehingga RM9,607: Kelayakan PT3 hingga Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan…