Tak terima bayaran BKC? Ini adalah punca-punca kenapa BKC tidak diluluskan

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Ia termasuklah Bantuan Khas C-19 (BKC), yang diberikan khusus kepada golongan Miskin Tegar, B40 dan M40.

Bagi Fasa 1 BKC, ia telah pun dibayar kepada yang layak pada bulan September lalu. Manakala untuk Fasa 2 pula akan bermula pada November dan Fasa 3 pada Disember 2021.

Walaupun begitu, BKC tidak melibatkan sebarang permohonan kerana ia diberikan kepada yang layak berlandaskan semakan data oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHNDM) berkenaan permohonan BPR 2021 (bagi Miskin Tegar & B40) dan percukaian (bagi M40).

Akan tetapi, masih ada yang tidak menerima bantuan ini atas beberapa faktor. Berikut adalah penjelasannya: –

Faktor-faktor tidak menerima BKC

Seperti dimaklumkan tadi, semakan kelayakan BKC dibuat berdasarkan semakan data sedia ada.

Berikut antara faktor-faktor tidak tersenarai sebagai penerima BPR: –

DATA BPR 2021

  • Tiada maklumat pada permohonan BPR 2021;
  • Penerima BPR 2021 (Bujang dan Warga Emas sebatang kara) meninggal dunia;
  • Permohonan BPR 2021 berstatus tidak layak;
  • Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP;
  • Bekerja / menetap di luar negara.

 

DATA PERCUKAIAN

  • Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP;
  • Pendapatan cukai yang dilaporkan melebihi syarat kelayakan M40;
  • Tidak menghantar Borang Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2020;
  • Pembayar cukai meninggal dunia;
  • Bekerja / menetap di luar negara.

 

Oleh hal demikian, sekiranya anda tidak merima BKC – kemungkinan besar ia disebabkan kerana faktor-faktor di atas.

Berdasarkan maklumat dari LHDNM, BKC tidak melibatkan sebarang rayuan. Manakala, untuk tujuan semakan pula, ia boleh dibuat di laman rasmi BKC atau KLIK SINI.

Untuk maklumat lanjut dan terperinci mengenai BKC, ia boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pada ketika ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…