str fasa 3

Tarikh bayaran & semakan status STR Fasa 3 untuk seluruh rakyat Malaysia

Untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Hal itu  termasuklah dengan meneruskan pelaksanaan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai berkenaan: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai yang diberikan secara berfasa kepada rakyat Malaysia dari kalangan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Ia juga merupakan kesinambungan kepada bantuan-bantuan tunai sebelum ini iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan pelbagai lagi.

Untuk tahun 2024 ini, STR diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

 

Seperti mana bantuan-bantuan sebelum ini, STR bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup di kalangan masyarakat yang memerlukan.

STR Fasa 3

Untuk makluman, STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun dikreditkan kepada mereka yang layak pada bulan Januari dan April lalu dengan kadar yang ditetapkan. Pembayaran STR Fasa 2 adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM300
    • Bilangan anak 3 – 4: RM500
    • Bilangan anak 5 & ke atas:RM650
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak 3 – 4: RM250
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1300
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR Fasa 2: RM100
  • Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
    • STR Fasa 2: RM150

 

Bagi pembayaran STR Fasa 3 pula, ia dijadualkan akan dibayar pada bulan Ogos 2024 nanti. Akan tetapi, kadar pembayarannya masih belum diumumkan secara rasmi dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Semakan Status Kelulusan STR

Bagi yang telah memohon atau mengemaskini STR 2024, semakan status kelulusan STR boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi Bantuan Tunai LHDN. Tatacaranya adalah seperti berikut:

  • Klik log masuk MySTR;
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (jika ada)

 

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk yang masih belum memohon tapi menepati syarat-syarat kelayakan. Permohonan STR masih boleh dibuat kerana ia dibuka sepanjang tahun 2024 ini. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di portal sama.

Secara lebih jelas, mereka yang perlu membuat permohonan baru STR 2024 adalah:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; dan
    • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
    • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

 

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Yayasan Canselor UKM, September 2024: Gaji permulaan RM6,668.00

Jawatan Kosong Yayasan Canselor UKM, September 2024: Gaji permulaan RM6,668.00

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Canselor UKM kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan…
STR Fasa 4: Maklumat senarai penerima, jumlah dan tarikh rasmi pembayaran

STR Fasa 4: Maklumat senarai penerima, jumlah dan tarikh rasmi pembayaran

Keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat telah menjadi antara isu utama di kalangan masyarakat. Prihatin dengan hal tersebut, pihak…
Banyak jawatan kosong Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT): Kelayakan SPM hingga Ijazah

Banyak jawatan kosong Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT): Kelayakan SPM hingga Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan…