str

STR Fasa 1 hingga 3 telah selesai dikreditkan: Ini tarikh, jumlah bayaran & penerima STR Fasa 4

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada rakyat Malaysia daripada golongan B40 dan M40 merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.

Pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun dibuat kepada yang layak dengan kadar-kadar yang ditetapkan. Pembayaran STR Fasa 3 sebagai contoh telah dikreditkan sebelum sambutan Hari Raya Haji lalu.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Jumlah & Penerima STR Fasa 4

Untuk pembayaran STR Fasa 4, mereka yang layak dan jumlahnya adalah seperti berikut:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4: RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 4: RM200

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan maklumat yang dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 4 akan dibuat pada bulan November 2023.

Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut keputusan terkini Kerajaan.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bina rumah atas tanah sendiri dengan bantuan RM20,000: Berikut cara buat memohon

Bina rumah atas tanah sendiri dengan bantuan RM20,000: Berikut cara buat memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Pengambilan lebih 100 jawatan kosong di JAKIM tahun 2023: Gaji sehingga RM4,003

Pengambilan lebih 100 jawatan kosong di JAKIM tahun 2023: Gaji sehingga RM4,003

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…
Senarai bantuan- bantuan RM200 - RM300 yang dibayar bulan ini: Semak sama ada layak atau tidak

Senarai bantuan- bantuan RM200 - RM300 yang dibayar bulan ini: Semak sama ada layak atau tidak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…