Rayuan ditutup minggu depan: Ini tarikh pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh RM600

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dari RISDA sebanyak sebanyak RM600 yang dibayar kepada mereka berkelayakan bagi tujuan meringan beban ketika menghadapi musim berkenaan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Merupakan Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Dimaklumkan bahawa permohonan BMT telah pun ditutup pada 15 September 2022 lalu. Akan tetapi, permohonan rayuan masih dibuka sehingga hujung bulan ini (31 Oktober 2022).

Berkenaan dengan tarikh pembayaran BMT, ia akan dilaksanakan sebanyak dua fasa iaitu pada bulan November dan Disember 2022.

Setiap fasa akan melibatkan jumlah sebanyak RM300 dengan jumlah keseluruhan RM600 bagi kedua-dua fasa.

Kaedah pembayaran pula akan melalui Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Maklumat lengkap, semakan kelulusan dan permohonan BMT boleh dirujuk di Portal Pekebun Kecil Makmur RISDA – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…