bantuan tambahan

Tarikh pembayaran Bantuan Tambahan RM600 telah diumumkan: Semak sama ada layak atau tidak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah Sumbangan Tunai Rakyat (STR).

Bantuan Tambahan RM600

Selain bayaran asas STR untuk golongan B40 dan M40, pihak Kerajaan turut memperkenalkan Bantuan STR Tambahan kepada golongan tertentu dengan kadar yang ditetapkan.

STR Tambahan ini akan diberikan dengan kadar sebanyak RM600 bagi setiap penerima yang layak.

Berbeza dengan penerima STR asas yang ditetapkan, bantuan tambahan ini akan diberikan kepada Isi Rumah Miskin Tegar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,169.

Bantuan tambahan itu juga akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.

Ia akan dikenali sebagai Bantuan Bakul Rahmah yang mengandungi barangan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung, susu pekat, mihun dan telur atau baucar bernilai RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikah Pembayaran

Berdasarkan maklumat dari Portal Rasmi Kementerian Kewangan, STR Tambahan ini akan diberikan dengan kadar RM100 sebanyak 6 Fasa iaitu bermula pada bulan Julai; Ogos; September; Oktober; November dan Disember 2023.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…