Tarikh pembayaran i-Citra KWSP untuk September 2021 ~ Semakan & kaedah pembayaran

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, selepas pelaksanaan i-Sinar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan pula i-Citra bagi memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahlinya yang terkesan akibat PKP.

Melalui i-Citra, ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah boleh mengeluarkan simpanan mereka sehingga RM5,000 dengan bayaran bulanan sehingga lima bulan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program ini: –

Tarikh Bayaran

Berdasarkan kenyataan KWSP dari laman sosial rasminya, pembayaran i-Citra untuk bulan September 2021 akan dibuat bermula pada 1 September ini.

Bagaimanapun, pengkreditan amaun berkenaan ke akaun ahli akan mengambil masa satu ke tiga hari bekerja bergantung kepada prosedur bank masing-masing.

Kaedah Pembayaran

Pembayaran i-Citra akan dibuat secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. Oleh itu, ahli wajib memastikan akaun mereka:

  • Akaun bank simpanan atau semasa.
  • Akaun bank masih aktif.
  • Akaun bank di atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama / syarikat).

 

Untuk ahli yang tidak mempunyai akaun bank, ahli boleh memilih bayaran melalui Arahan Bayaran ketika membuat permohonan di portal i-Citra.

Akan tetapi, pembayaran melalui Arahan Bayaran akan mengambil masa dan ahli dikehendaki hadir ke cawangan pilihan untuk mengambil Arahan Bayaran tersebut.

Semakan i-Citra

Semakan kelulusan i-Citra boleh dibuat secara atas talian di portal i-Citra (KLIK SINI).

Ahli hanya perlu mengisi nombor MyKad dan telefon di ruang yang disediakan.

Maklumat terperinci berkenaan i-Citra boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan…