akaun 3

Tarikh rasmi kebenaran pengeluaran Akaun 3 telah diumumkan: Berikut cara buat permohonan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai insiatif dan bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan. Antaranya adalah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah memperkenalkan pelbagai program dan kemudahan.

Terbaru adalah apabila pihak Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Penstrukturan Semula Akaun KWSP bagi bagi memperkukuh jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli. Melalui penstrukturan semula akaun ini, ahli akan mempunyai tiga jenis akauan iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel (atau Akaun 3).

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan Penstrukturan Semula Akaun KWSP ini: –

Akaun Fleksibel (Akaun 3) KWSP

Untuk makluman semua, Akaun Persaraan adalah Akaun 1 yang dinamakan semua dan ia akan mengekal objektif asalnya iaitu untuk mengumpul dan meningkatkan simpanan persaraan ahli dalam jangka masa panjang bagi kehidupan yang selesa selepas persaraan. Simpanan dalam Akuan Persaraan tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai usia 55 tahun.

Manakala, Akaun 2 pula selepas ini akan dikenali sebagai Akaun Sejahtera dan ia bertujuan untuk memenuhi keperluan kitaran hidup pra-persaraan bagi jangka sederhana yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan bagi tujuan pengeluaran pra-persaraan yang dibenarkan (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP) seperti: perumahan, pendidikan, kesihatan, haji, perlindungan insurans dan umur 50 tahun.

Tentang Akaun Fleksibel atau Akaun 3, ia adalah akaun baru yang diperkenalkan oleh KWSP. Melaluinya, ahli boleh mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Akan tetapi, pihak KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

Penstrukturan semula akaun ini akan mula dilaksanakan pada 11 Mei 2024.Caruman baru yang dikreditkan selepas tarikh berkenaan akan diagihkan mengikut nisbah 75% untuk Akaun Persaraaan, 15% untuk Akaun Sejahtera dan 10% untuk Akaun Fleksibel. Ini adalah contoh agihan caruman ke Akaun KWSP:

Setelah tarikh itu, baki sedia ada dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera. Tetapi, Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

Cara Mohon Pengeluaran Akaun 3

Bermula pada 12 Mei hingga 31 Ogos 2024, setiap ahli berusia 55 tahun ke bawah akan diberi peluang sekali sahaja untuk membuat pilihan memindahkan sebahagian daripada baki simpanan Akaun Sejahtera mereka ke Akaun Fleksibel sebagai amaun permulaan. Akan tetapi, pilihan ini tidak boleh dibatalkan setelah permohonan diproses.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel itu tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera ahli, sama ada kurang daripada atau melebihi RM3,000 pada tarikh permohonan diproses.

  • Jika baki dalam Akaun Sejahtera RM3,000 dan ke atas, pemindahan akan dibuat seperti berikut:
    • Sepuluh per tiga puluh (10/30) daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel;
    • Lima per tiga puluh (5/30) daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Persaraan;
    • Lima belas per tiga puluh (15/30) akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera.
  • Jika baki dalam Akaun Sejahtera kurang dari RM3,000, pemindahan akan dibuat seperti di bawah:
    • Akaun Sejahtera yang mempunyai baki RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel;
    • Akaun Sejahtera yang mempunyai baki melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki selebihnya adalah kekal dalam Akaun Sejahtera.

 

Ahli seterusnya boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel sebaik sahaja akaun itu mempunyai simpanan minimum RM50, sama ada selepas pindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera telah dibuat atau setelah pengkreditan caruman baharu.

Permohonannya boleh dibuat secara atas talian  (online) melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Untuk maklumat lengkap dan teliti berkenaan Penstrukturan Semula Akaun KWSP ini, sila rujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…