e-tunai

Tarikh rasmi pembayaran Bantuan e-Tunai RM100 untuk rakyat Malaysia: Semak sekarang

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan e-Tunai RM100 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan e-Tunai RM100

Bantuan e-Tunai atau Kredit e-Tunai RM100 adalah sebuah bantuan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan dengan peruntukan sekitar RM1 bilion.

Bantuan ini akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dari golongan B40 dan M40 yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

“Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pelaksanaan

Berdasarkan kenyataan Kementerian Kewangan, pelaksanaan Kredit e-Tunai RM100 ini akan dibuat pada suku ke empat tahun 2023. Hal ini bermakna, ia akan dilaksana pada sekitar bulan Oktober hingga Disember 2023.

Kaedah penebusan pula masih belum dimaklumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan dan ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan lain, pembayaran Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada para penjawat awam pula akan dilaksanakan pada 10 Ogos 2023.

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…