bantuan ligs

Tarikh rasmi pembayaran Bantuan LIGS RM800 telah diumumkan: Ini senarai penerima & cara mohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023.

Berikut adalah antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan LIGS RM800

Melalui Belanjawan 2023, pihak Kerajaan teleh bersetuju untuk meruskan pemberian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) – LIGS kepada penerima yang berkelayakan.

Malah, jumlah bantuan telah dinaikkan dari RM600 pada tahun lalu kepada RM800 untuk tahun 2023 ini.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

Pemilik tanah yang mengusahakan ladang getah

  • Mesti berdaftar dengan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)
  • Keluasan tanah: 15 ekar dan ke bawah
  • Tidak berdaftar dan tidak menerima BMT daripada RISDA

Penoreh getah

  • Penoreh getah mestilah masih hidup dan berdaftar dengan LIGS
  • Aktif menjual dan mempunyai rekod penjualan getah sehingga bulan September 2021

Penama

  • Hanya dibayar kepada wakil sekiranya penama telah meninggal dunia pada tahun 2019 atau tahun berikutnya
  • Wakil perlu mengisi borang wakil dengan lengkap (borang wakil boleh didapati di pejabat LIGS terdekat)

Cara Memohon

Pembayaran BMT di bawah LIGS ini akan dibuat sebanyak empat Fasa iaitu bermula pada bulan November 2023 sehingga Februari 2024.

Permohonannya pula boleh dibuat dengan mengisi Borang Pekebun Kecil LIGS dan menghantarnya ke pejabat daerah LIGS yang berdekatan.

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan di bawah LIGS ini boleh dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Di Malaysia, golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah yang berada pada kedudukan terendah dari segi pendapatan. Mereka kebiasaannya…
RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Berdasarkan data rasmi, isi…
Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pada ketika ini, Insititut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan…