str tambahan

Tarikh rasmi pembayaran STR Tambahan telah diumumkan: Ini kadar bujang & isi rumah akan terima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah Sumbangan Tunai Rakyat (STR).

STR Tambahan

Selain bayaran asas STR untuk golongan B40 dan M40, pihak Kerajaan juga memperkenalkan STR Tambahan kepada golongan tertentu dengan kadar yang ditetapkan.

STR Tambahan ini akan diberikan dengan kadar RM100 sebanyak 6 Fasa iaitu bermula pada bulan Julai; Ogos; September; Oktober; November dan Disember 2023.

Oleh hal demikian, kadar keseluruhan bantuan tambahan ini adalah sebanyak RM600 bagi setiap penerima.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Penerima STR Tambahan

Berbeza dengan penerima STR asas yang ditetapkan, bantuan tambahan ini akan diberikan kepada Isi Rumah Miskin Tegar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,169.

Bantuan tambahan itu nanti akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.

Ia akan dikenali sebagai Bantuan Bakul Rahmah yang mengandungi barangan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung, susu pekat, mihun dan telur atau baucar bernilai RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan kepada setiap Ketua Isi Rumah miskin tegar.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…