amanah raya

Tawaran pelbagai jawatan kosong Amanah Raya Berhad: Mohon sebelum 26 & 30 April 2024

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Amanah Raya Berhad kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Amanah Raya Berhad

  1. EKSEKUTIF KANAN – PELABURAN
  2. EKSEKUTIF
  3. PENOLONG PENGURUS / EKSEKUTIF KANAN PELABURAN STRATEGIK (PEMBANGUNAN PRODUK)

Syarat-syarat Kelayakan

EKSEKUTIF KANAN – PELABURAN

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan;
  • Memiliki kelayakan Ijazah dalam Hartanah / Kewangan / Perakaunan / Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan atau yang setaraf dengannya dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman kerja yang berkaitan dalam kewangan korporat dan pelaburan dengan keutamaan dalam latar belakang pengurusan pelaburan hartanah;
  • Pemegang pensijilan profesional dalam Hartanah, Perakaunan atau Kewangan adalah kelebihan tambahan.

EKSEKUTIF

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan;
  • Memiliki kelayakan Sarjana Muda Pengurusan / Pentadbiran Perniagaan / Undang-undang atau yang setaraf dengannya ATAU berkelulusan dalam bidang lain yang mempunyai pengalaman kerjaya dalam penyelidikan dari universiti/maktab yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
  • Pengalaman kerja minimum satu tahun.

PENOLONG PENGURUS / EKSEKUTIF KANAN PELABURAN STRATEGIK (PEMBANGUNAN PRODUK)

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan;
  • Mesti memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dalam undang-undang, Ekonomi, Pelaburan atau setaraf
  • Sekurang-kurangnya 3 – 4 tahun pengalaman dalam bidang pelaburan berpengalaman.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) di Portal Career Amanah Raya Berhad. Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Tarikh tutup permohonan pada 26 DAN 30 APRIL 2024 (mengikut jawatan).

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Amanah Raya Berhad ditubuhkan pada tahun 1921 sebagai Jabatan Pentadbir Amanah Awam dan Pentadbir Rasmi, syarikat ioni kemudiannya telah dikorporatkan pada tahun 1995. Ia juga mempunyai pengalaman melebihi 100 tahun dalam industri Perancangan Pewarisan, dan sentiasa komited untuk mengekalkan kedudukan Amanah Raya Berhad sebagai peneraju industri pewarisan melalui keupayaannya dalam menyediakan perkhidmatan Wasiat, Amanah, dan Pusaka buat semua rakyat Malaysia melalui 20 rangkaian cawangan di seluruh negara.

Berbekalkan kakitangan yang cekap dan berwibawa, serta berpandukan kepada Akta Perbadanan Amanah Raya 1995, Amanah Raya Berhad berusaha untuk membantu rakyat Malaysia untuk menyediakan Perancangan Pewarisan terbaik untuk masa hadapan keluarga tersayang.

Kerjasama yang sedia terjalin dengan agensi Kerajaan, rakan strategik yang terdiri daripada institusi perbankan dan insuran telah membolehkannya untuk menawarkan instrumen pewarisan yang menyeluruh.

Misi utama Amanah Raya Berhad adalah memastikan kecekapan operasi dan keuntungan seiring dengan pemain industri lain; menawarkan perkhidmatan professional, terbaik dan cemerlang kepada semua pelanggan; berusaha untuk mewujudkan budaya kerja dan persekitaran yang memberi inspirasi kepada peningkatan prestasi kerja; menawarkan penyelesaian menyeluruh dan berinovasi bagi memenuhi keperluan pelanggan serta komited untuk mengekalkan keupayaan dan kedudukan sebagai syarikat sebagai peneraju perkhidmatan Perancangan Pewarisan.

Visinya pula adalah bagi menjadi sebuah institusi yang menawarkan perkhidmatan Perancangan Pewarisan yang dipercayai, cemerlang dan profesional di samping memenuhi tanggungjawab sosial.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…