Tekanan hidup: Benarkah pengangguran jadi punca orang terlibat jenayah dan bunuh diri?

Sejak kebelakangan ini, kita mendengar pelbagai kes jenayah dan bunuh diri yang kerap kali dilaporkan media. Hal ini semakin menjadi perhatian selepas Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye yang mendakwa pengangguran sebagai salah satu faktor individu tertentu terlibat dalam jenayah.

Seperti mana kita sedia maklum, dunia dan khususnya Malaysia ketika ini berdepan dengan krisis pengangguran yang membimbangkan akibat hambatan pandemik Covid-19. Malah, dapatan dari Jabatan Perangkaan mendapati jumlah penganggur di negara ini meningkat pada Januari jika dibandingkan dengan Disember tahun lalu.

Berbalik kepada kenyataan Lam Thye berkenaan, beliau berkata tindakan jenayah diambil sebagai jalan mudah, selain kemiskinan dan kegawatan ekonomi yang mendorong seseorang individu itu terlibat dalam perlakuan jenayah.

Walaupun pada saat ini jenayah yang dilaporkan kebanyakannya melibatkan jenayah kecurian dan rompakan, masalah yang ditimbulkan akibat kemelesetan ekonomi, sebenarnya boleh berbagai lagi. Ini kerana, terdapat teori ekonomi yang meramalkan kemelesetan ekonomi global berkemungkinan akan meningkatkan kes jenayah siber, seperti pancingan data dan penipuan dalam talian.

Ia lantaran penggunaan ruang siber ketika ini yang kian meningkat. Hal ini diperkuatkan lagi melalui data kesan dari Krisis Ekonomi 2008 – 2009 yang menunjukkan korelasi antara pengangguran dan jenayah siber, dengan penipuan di internet yang meningkat 33 peratus pada ketika itu.

Dalam masa sama, gelombang pengangguran juga tidak dapat dinafikan menjadi salah satu punca di sebalik berlakunya tekanan mental di kalangan penganggur akibat kehilangan pekerjaan. Salah satu kisah yang mungkin kita masih ingat tentang seorang tukang masak di Simpang Renggam, Johor yang bertindak membunuh diri akibat diberhentikan kerja.

Laporan Kosmo pada 2 Oktober 2020.

Menurut dapatan dari Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), kesan Covid-19 dan tekanan ekonomi telah meningkatkan tahap tekanan di kalangan masyarakat, yang akhirnya ada mengambil jalan membunuh diri. Namun begitu, sebuah masalah lagi timbul apabila undang-undang Malaysia pula mengkategorikan bunuh diri sebagai tindakan jenayah.

Ia sekaligus memperlihatkan keadaan yang cukup membimbangkan apabila kita cuba menyelami kedua-dua persoalan besar ini. Makanya, langkah-langkah wajar seharusnya diambil oleh pihak kerajaan khususnya bagi menangani permasalahan ini.

“Pihak kerajaan perlu meneruskan Garis Panduan Pencegahan Bunuh Diri sedia ada, manakala perancangan satu garis panduan atau strategi pencegahan bunuh diri khusus kepada belia perlu menjadi satu usaha kerjasama antara pemegang taruh utama termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta organisasi-organisasi bukan kerajaan, diterajui oleh Kementerian Kesihatan..” – Petikan dari IDEAS.

Kerajaan juga perlu memikirkan cara terbaik menangani isu pokok pengangguran, bekerja di bawah kelayakan dan masalah gaji rendah yang sekian lama membarah di negara ini. Krisis yang melanda dunia masih belum diketahui bila akan berakhir, dan ia memerlukan kesanggupan serta kehormatan moral para pembuat dasar dalam menyambut isu berkenaan.

Cuma persoalannya ketika ini, ketika mana perebutan kuasa dan ketidakseimbangan keadilan yang secara terangan berlaku, adakah sinar untuk golongan buruh Malaysia?

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian, Astro Awani & IDEAS.

_________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…