Tekun Mobilepreneur

Tekun Mobilepreneur 4.0: Permohonan RM1,000 – RM10,000 untuk beli atau baiki motosikal

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis skim dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya termasuklah sebuah skim di bawah TEKUN Nasional yang dikenali sebagai Tekun Mobilepreneur 4.0. Berikut adalah penjelasannya: –

Tekun Mobilepreneur 4.0

Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 pada asasnya merupakan sebuah skim pembiayaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh TEKUN Nasional iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Skim pembiayaan berasaskan Tawarruq ini juga adalah kesinambungan kepada Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini. Melalui skim ini, usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal seperti Rider Foodpanda, Grab Food, Lalamove dan lain-lain boleh memohon pembiayaan bagi tujuan pembelian motosikal; baik pulih motosikal dan modal pusingan.

Kadar pembiayaan yang disediakan pula sebanyak RM1,000 hingga RM5,000 bagi baik pulih motosikal dan modal pusingan, dan RM1,000 hingga RM10,000 untuk pembelian motosikal.

Syarat-syarat Kelayakan

Syarat Kelayakan Asas:

  • Bumiputera dan Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun);
  • Pemohon bukan seorang muflis;
  • Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia;
  • Mempunyai Lesen/Permit/Daftar Perniagaan (SSM)/Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu;
  • Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus/berniaga secara bergerak (mobile)/atas talian (online);
  • Terlibat secara langsung/separuh masa dalam perniagaan;
  • Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda);
  • Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000);
  • Bagi pembelian kenderaan komersial/jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial/jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon);
  • Bagi pemilikan Perkongsian, pemohon perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi untuk permohonan pembiayaan;
  • Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan;
  • Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah

Syarat Kelayakan Tambahan:

  • Mempunyai lesen memandu B1/B2 yang sah;
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar;
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal
  • Pembiayaan yang diluluskan bagi tujuan pembelian motosikal, Borang Pengesahan Pembelian Motosikal perlulah diisi oleh penerima biaya setelah membuat pembelian motosikal seperti sebut harga (quotation) yang dikemukakan semasa permohonan sebagai bukti pembelian;
  • Penerima biaya Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 wajib membuat bayaran balik menggunakan kaedah berikut: Aplikasi elektronik – Direct Debit e-Mandate yang mempunyai akses perbankan internet (online banking), atau Cek tarikh tertunda.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, ia boleh dikemukakan di Pejabat Cawangan TEKUN Nasional terdekat. Dimaklumkan bahawa TEKUN Nasional tidak melantik sebarang ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0.

Oleh itu, para pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan di pejabat cawangan TEKUN Nasional sahaja.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan skim pembiayaan ini, ia boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…