TEKUN Nasional buka pengambilan kakitangan baru: Ini senarai jawatan & cara memohon

TEKUN Nasional pada mulanya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. Antara matlamat utama penubuhannya adalah bagi menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Sehingga ke hari ini, TEKUN Nasional terus komited dalam menjalankan misinya, selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Bagi melancarkan lagi usahanya itu, kini agensi ini telah membuka beberapa kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang dibuka dan syarat kelayakannya:

  1. Penaksir Ar-Rahnu
    • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
    • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (wajib kredit Bahasa Melayu) atau Diploma dalam apa jua bidang.
    • Berumur 21 tahun hingga 45 tahun sahaja.
    • Mempunyai lesen memandu (B2 atau D).
  2. Pegawai Eksekutif IT
    • Memiliki Diploma dalam bidang IT dan berkaitan.
    • Wajib kredit Bahasa Melayu, lulus Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat SPM.
    • Boleh bekerja di Ibu Pejabat TEKUN Nasional (Bandar Tasik Selatan).

 

Bidang tugas jawatan:

Penaksir Ar-Rahnu

  • Menjalankan tugas harian sebagai penaksir emas di cawangan.
  • Mengendalikan aktiviti perniagaan/jualan dan pemantauan di cawangan.
  • Memantau sasaran cawangan, mencadangkan pelan tindakan untuk mencapai sasaran cawangan.
  • Menyelia, mengendalikan dan memantau aktiviti promosi produk.
  • Menerima arahan dari semasa ke semasa dari Jabatan/Pengurus Cawangan/Penolong Pengurus Cawangan.
  • Boleh bekerja secara berpasukan untuk mencapai objektif yang ditetapkan.
  • Berdisiplin dan mematuhi undang-undang serta polisi syarikat.
  • Berpenampilan kemas dan menarik.

 

Pegawai Eksekutif IT

  • Memantau dan menyelenggara VADS Management System.
  • Memantau prestasi dan penyelenggaraan Data Centre.
  • Menyelenggara dan memantau Active Directory (AD) (User, DHCP & DNS).
  • Mengurus, memantau dan mentadbir Backup System (Acronis).
  • Memantau dan menyelenggara DNS Hosting (Cloudfare).
  • Memantau dan menyelenggara Lesen Perisian (Redhat).
  • Mengurus, memantau dan mentadbir Windows Operating System.
  • Mengurus, memantau dan mentadbir Linux Operating System.
  • Mengurus, memantau dan mentadbir Precision Air Conditioning System (Data Centre).
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh TEKUN Nasional dari semasa ke semasa.
  • Mematuhi peraturan & polisi TEKUN Nasional dan berdisiplin serta berpewatakan menarik.

 

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh didapati di portal MyFutureJobs dan permohonan juga boleh dibuat di portal sama. Pemohon bagaimanapun perlu mendaftar terlebih dahulu di portal berkenaan, sebelum permohonan boleh dikemukakan.

Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada:

  • 01 Mei 2021 – Penaksir Ar-Rahnu
  • 21 Mei 2021 – Pegawai Eksekutif IT

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas RM2,000 Dibayar Secara Automatik: Maklumat Penerima & Tarikh Pembayaran

Bantuan Khas RM2,000 Dibayar Secara Automatik: Maklumat Penerima & Tarikh Pembayaran

Penjawat awam merupakan tulang belakang kepada pembangunan negara, memainkan peranan penting dalam melaksanakan dasar, menyampaikan perkhidmatan, dan memastikan kestabilan sistem…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar Bulan Depan: Semua Layak Terima & Tidak perlu memohon

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar Bulan Depan: Semua Layak Terima & Tidak perlu memohon

Awal persekolahan adalah fasa yang amat penting dalam kehidupan seorang kanak-kanak. Ia bukan sahaja menjadi permulaan kepada perjalanan pendidikan formal,…
Cara Memohon Pengeluaran Simpanan Akaun 3 KWSP: Semua rakyat Malaysia boleh memohon

Cara Memohon Pengeluaran Simpanan Akaun 3 KWSP: Semua rakyat Malaysia boleh memohon

Simpanan persaraan adalah asas penting untuk memastikan kesejahteraan kewangan di usia tua. Ia bukan sekadar simpanan biasa, tetapi satu jaminan…