TEKUN sedia pembiayaan sehingga RM100K, khas untuk syarikat 100% Bumiputera

Bermula sebagai Yayasan TEKUN Nasional, badan ini adalah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, yang menyediakan kemudahan pembiayaan mudah dan cepat kepada golongan Bumiputera. Selaras dengan usaha ke arah itu, TEKUN Nasional telah memperkenalkan pelbagai program pembiayaan, antaranya seperti SKIM PEMBIAYAAN TEKUN NIAGA.

Melalui skim ini, terdapat dua jenis pembiayaan yang disediakan iaitu:

  1. Skim Pembiayaan Kecil (SPK)
    • Jumlah: >RM10,000 – RM50,000
    • Tempoh bayaran: Sehingga 5 tahun
  2. Skim Pembiayaan Sederhana (SPS)
    • Jumlah: >RM50,000 – RM100,000
    • Tempoh bayaran: Sehingga 10 tahun

 

Berikut pula adalah syarat kelayakan asas pembiayaan:

  1. Bumiputera dan warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  3. Pemohon bukan seorang muflis
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
  5. Mempunyai lesen/permit/Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  6. Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus/berniaga secara bergerak (mobile)
  7. Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isi rumah.
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000
  10. Pembiayaan perniagaan sedia ada (contoh: MARA, AIM, SME, PNS dan sebagainya) tidak melebihi RM100,000.
  11. Pemohon telah menjalankan perniagaan. Manakala bagi pemohon yang ingin memulakan pernigaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai sendiri minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk menjalankan pernigaan (progress project)
  12. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial/jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).
  13. Bagi Enterprise (Perkongsian), perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan dan rakan kongsi mestilah Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  14. Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan yang memberikan kebenaran:
  15. Penyaluran pembiayaan atas nama Syarikat bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas.
  16. Kelulusan pembiayaan atas nama Enterprise (Pemilik Tunggal) bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas boleh dipertimbangkan kelayakannya dengan menggunakan akaun semasa individu pemohon atau Enterprise.

 

Kadar keuntungan:

Usahawan diminta membayar kadar keuntungan sebanyak 4% daripada nilai pembiayaan setiap tahun sepanjang tempoh pembiayaan. Manakala, bagi Skim Pembiayaan Kontrak-i adalah sebanyak 1.5% sebulan daripada nilai pembiayaan. Kadar keuntungan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pembiayaan.

Bayaran proses:

Pembiayaan

Yuran Wakalah

> RM 10,000 – RM 20,000

RM 150

> RM 20,000 – RM 30,000

RM 200

> RM 30,000 – RM 40,000

RM 250

> RM 40,000 – RM 50,000

RM 300

> RM 50,000 – RM 100,000

RM 500

 

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…