Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 dan telah diberikan kuasa autonomi dalam hal berkaitan penggubalan dasar yang khusus berkenaan bahasa kebangsaan Malaysia iaitu Bahasa Melayu.
Antara objektif utamanya adalah bagi membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi, serta memperkembangkan bakat sastera.
Selaras dengan tugas dan objektifnya itu, DBP akan mengadakan temu duga terbuka pada April tahun ini bagi mencari bakat-bakat baru untuk mengisi kekosongan jawatan yang ada.
Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) – Gred N19
- Penolong Jurutera – Gred JA29
Syarat-syarat kelayakan bagi jawatan adalah:
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) – Gred N19
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Penolong Jurutera – Gred JA29
- Diploma dalam bidang kejuruteraan khususnya kejuruteraan mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau setaraf.
Maklumat temu duga:
Berkenaan dengan temu duga, ia akan dilaksanakan di dua lokasi berbeza bagi kedua-dua jawatan yang ditawarkan:
Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) – Gred N19
- Tempat: Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Kompleks DBP Sabah, Telok Likas, 88873 Kota Kinabalu, Sabah.
- Tarikh: 20 April 2021 (Selasa)
- Masa: 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
Penolong Jurutera – Gred JA29
- Tempat: Bilik Mesyuarat A. Kadir AdabiTingkat 29, Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur.
- Tarikh: 26 April 2021 (Isnin)
- Masa: 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
Cara memohon:
Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Kepada yang ingin memohon, calon perlu mengisi Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun di: http://lamanweb.dbp.gov.my/.
Borang yang telah lengkap diisi kemudiannya perlu dibawa ketika menghadiri temu duga, berserta sijil dan dokumen asal serta salinan seperti berikut:
- Kad Pengenalan.
- Diploma dengan transkrip.
- Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia.
- Gambar berukuran pasport (ditampal pada borang permohonan).
- Sijil akademik, sijil khas atau pentauliahan daripada badan ikhtisas, lesen memandu, kokurikulum dan kursus yang lain.
Hanya calon berjaya dan calon simpanan sahaja yang akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat dan e-mel. Manakala, calon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh satu bulan selepas tarikh temu duga, hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.
_____
Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021