Temu Duga Terbuka di Dewan Bahasa & Pustaka pada 6 dan 8 April: Ini dokumen yang perlu dibawa

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Melalui Ordinan berkenaan, DBP telah diberikan kuasa autonomi dalam hal berkaitan penggubalan dasar yang khusus, menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera, serta menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara kompetitif.

Selaras dengan tugasnya itu, DBP akan mengadakan temu duga terbuka pada bulan April tahun ini.

Antara jawatan yang dibuka adalah:

  1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 – 35 kekosongan
  2. Penolong Perancang Bahasa Gred S29 – 1 kekosongan

 

Syarat kelayakan bagi kedua-dua jawatan ini adalah:

  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Penolong Perancang Bahasa Gred S29 
    • Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
      tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Maklumat temu duga terbuka:

Kepada calon yang berminat, temu duga akan diadakan di dua tempat bebeza mengikut jawatan yang ingin dimohon:

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

  • Tempat: DBP Hulu Kelang, Bahagian Pemasaran dan Pengedaran, Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Dewan Bahasa dan Pustaka, Lot 1037, Jalan AU3/1, 54200 Ampang/Hulu Kelang, Selangor.
  • Tarikh: 06 April 2021
  • Masa: 8.30 pagi – 1.00 tengah hari

 

Penolong Perancang Bahasa Gred S29

  • Tempat: DBP Ibu Pejabat, Bilik Mesyuarat A. Kadir Adabi Tingkat 29, Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur.
  • Tarikh: 08 April 2021
  • Masa: 8.30 pagi – 1.00 tengah hari

 

Cara memohon:

Untuk maklumat iklan jawatan secara terperinci, calon boleh KLIK SINI untuk maklumat lanjut. Kepada yang ingin memohon, calon perlu mengisi Borang Permohonan Jawatan Pekerja Sambilan Harian Borang PSM: 2/2019 yang boleh dimuat turun di: http://lamanweb.dbp.gov.my/. Borang yang telah lengkap diisi kemudiannya perlu dibawa ketika menghadiri temu duga.

Selain itu, calon juga perlu membawa sijil dan dokumen asal serta salinan seperti berikut:

  • Kad Pengenalan.
  • Diploma dengan transkrip (mengikut keperluan syarat lantikan).
  • Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia (mengikut keperluan syarat lantikan).
  • Gambar berukuran pasport (ditampal pada borang permohonan).
  • Sijil akademik, sijil khas atau pentauliahan daripada badan ikhtisas, lesen memandu, kokurikulum dan kursus yang lain.

 

Hanya calon yang terpilih sahaja yang akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat dan e-mel. Manakala, bagi calon yang tidak menerima maklum balas dalam tempoh sebulan selepas tarikh temu duga, hendaklah dianggap tidak berjaya.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan…