Temu duga terbuka di Epson Precision Malaysia: Hanya perlu bawa Kad Pengenalan ketika interview

Epson Precision Malaysia Sdn Bhd adalah sebuah syarikat multinasional yang mengkhususkan diri dalam bidang pembuatan Quartz Devices berkualiti tinggi. Ia juga terus menghasilkan produk dan perkhidmatan inovatif berdasarkan teknologi yang cekap, padat dan tepat.

Selaras dengan usahanya itu, kini Epson Precision Malaysia Sdn Bhd telah mengadakan Temu Duga Terbuka atau Walk-In Interview bagi jawatan OPERATOR MESIN di syarikat berkenaan.

Syarat kelayakan jawatan pula adalah terbuka untuk pelbagai peringkat pendidikan, dengan minima Sekolah Rendah. Tiada pengalaman diperlukan, calon hanya perlu bersikap ceria dan positif.

Tawaran jawatan ini juga datang dengan beberapa manfaat, antaranya:

  • Bonus tahunan lumayan
  • Insentif bekerja
  • Insentif mendapatkan kawan dan lain-lain
  • Hostel dan pengangkutan disediakan
  • Elaun pengangkutan boleh dituntut jika tidak menggunakan servis pengangkutan yang diberikan
  • Suasana bekerja yang sangat bersih dan berhawa dingin
  • Makanan kantin yang disubsidi oleh pihak syarikat
  • Uniform diberikan secara percuma

 

Selain itu, bagi calon dari Semenanjung Malaysia tetapi di luar Kuala Lumpur dan Selangor, pengangkutan ke Epson akan dibiayai oleh syarikat selepas kelulusan temu duga secara atas talian. Begitu juga kepada calon dari Sabah dan Sarawak yang telah lulus temu duga atas talian, di mana syarikat akan membiayai tiket penerbangan ke Semenanjung.

*Segala di atas tertakluk pada terma dan syarat syarikat.

Maklumat temu duga

Bagi calon yang berminat, maklumat temu duga terbuka adalah seperti berikut:

  • Lokasi:
    • Epson Precision Malaysia Sdn Bhd, Persiaran Industri, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Selangor
  • Hari:
    • 29 April 2021 hingga 28 Mei 2021
  • Masa:
    • 8.00 pagi hingga 3.30 petang
  • Dokumen yang perlu dibawa:
    • Hanya perlu membawa Kad Pengenalan pemohon sahaja

 

Bagi maklumat lanjut iklan jawatan, calon boleh KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar ini, pelbagai jenis inisiatif, bantuan dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada…
YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…