Temuduga Khas banyak jawatan di Sektor Makanan & Minuman: Tawaran gaji sehingga RM2,700

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Kedah akan menganjurkan Temuduga Khas Sektor Makanan Dan Minuman bagi mengisi pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Temuduga khas ini akan melibatkan 3 buah syarikat dan calon disarankan untuk membaca maklumat hebahan kekosongan jawatan ini secara terperinci. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan temuduga yang bakal diadakan: –

Syarikat & Jawatan

  1. OLDTOWN WHITE COFFEE
    • Penyelia (RM1,700 – RM2,000)
    • Kru Dapur (RM1,300 – RM1,500)
    • Kru Perkhidmatan (RM1,200 – RM1,400)
  2. PIZZA HUT RESTAURANT SDN BHD
    • Kru Perkhidmatan (RM1,200 – RM1,700)
  3. DOMINO’S PIZZA
    • Penolong Pengurus (RM2,000 – RM2,700)
    • Pembuat Pizza (RM1,250)
    • Rider (RM1,500)

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Diploma mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Lokasi kekosongan jawatan di sekitar Pulau Pinang, Kepada Batas dan Kulim.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan ingin menyertai temuduga ini, pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Calon dikehendaki memilih syarikat, jawatan yang ingin dimohon, mengisi butiran diri, kelayakan akademik dan sebagainya seperti yang diminta di borang pendaftaran atas talian berkenaan.

Tarikh tutup permohonan pada 13 MAC 2022, AHAD.

Calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan kemudiannya akan dipelawa untuk sesi temuduga sebelum 14 Mac 2022, Isnin.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi pegawai bertugas di talian:

  • Cik Malarvily: 019 – 2956 178
  • Pn Malarmagal: 019 – 6356 341

 

Hebahan rasmi temuduga juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…