Temuduga Khas pelbagai jawatan di 8 buah syarikat ~ Gaji dari RM1,200 hingga RM5,000

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Muar akan menganjurkan Temuduga Khas Kerjaya UP & Kerjaya Gig bagi mengisi pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Temuduga ini akan melibatkan 8 buah syarikat dan calon disarankan untuk membaca maklumat hebahan kekosongan jawatan ini secara terperinci. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan temuduga yang bakal diadakan: –

Syarikat & Jawatan

  1. DHIR & PARTNERS SDN BHD
    • Pegawai Pemulihan Kredit (Muar)
    • Pegawai Pemulihan Kredit (Pulau Pinang)
    • Pegawai Pemulihan Kredit (Kuala Lumpur)
    • Pembantu Tadbir (Kuala Lumpur)
    • Janitor / Tea Lady (Muar)
    • Pengurus HR (Muar)
  2. MEDIVEST SDN BHD
    • Operatif Pembersihan
    • Porter
    • Storekeeper
  3. MCDONALD’S BAKRI (TEE-R SYNERGY SDN BHD)
    • Krew
  4. TYON INDUSTRIES SDN BHD
    • Operator Pengeluaran
  5. ECOMATE SDN BHD
    • Operator Pengeluaran
  6. SYARIKAT PERABUT BUKIT BATU SDN BHD
    • Operator Pengeluaran (Muar)
    • Operator Pengeluaran (Grisek, Tangkak)
  7. 99SPEEDMART SDN BHD
    • Pengurus Cawangan
    • Penolong Pengurus Cawangan
    • Penyelia
    • Juruwang
    • Penjaga stor
  8. WENTEL CORPORATION SDN BHD
    • Operator Pembungkusan

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Gaji adalah dari RM1,200 sehingga RM5,000 mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

 

Untuk maklumat lengkap gaji dan kelayakan akademik setiap jawatan, rujuk – DI SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan ingin menyertai temuduga ini, pra-pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Calon dikehendaki memilih syarikat, jawatan yang ingin dimohon, mengisi butiran diri, kelayakan akademik dan sebagainya seperti yang diminta di borang pendaftaran atas talian berkenaan.

Maklumat Temuduga Khas:

  • Tarikh: 22 Disember 2021 (Rabu)
  • Masa: 10 pagi – 3 petang
  • Medium: Cisco Webex

 

Calon yang mendaftar akan dipanggil untuk menyertai sesi temuduga dan akan menerima pautan untuk temuduga atas talian berkenaan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi pegawai bertugas di talian:

  • En. Azizi: 010 – 200 2269
  • En. Faris: 012 – 557 2563

 

Hebahan rasmi temuduga juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…