Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kini sedang membuka pengambilan jawatan banyak kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- PENOLONG EKSEKUTIF TEKNOLOGI MAKLUMAT
- Kekosongan: 2
- Gaji: RM1,900
- Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
- PEMBANTU PENTADBIRAN
- Kekosongan: 10
- Gaji: RM1,700
- Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
Syarat-Syarat Kelayakan
PENOLONG EKSEKUTIF TEKNOLOGI MAKLUMAT
- Mempunyai kelulusan diploma dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Syarat Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM):
- Mengambil sekurang-kurangnya enam (6) mata pelajaran dalam SPM.
- Peringkat Kepujian dalam dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan lulus empat (4) mata pelajaran lain dalam satu (1) peperiksaan SPM.
- Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai:
- Diploma dalam bidang teknologi maklumat/sains komputer.
- Berpengalaman membangunkan aplikasi digital interaktif dengan menggunakan perisian Unity 3D/Unreal Engine dan lain-lain perisian yang bersesuaian untuk pembangun aplikasi.
- Mahir menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti C# (C Sharp) dan SQL.
- Berpengetahuan dan mahir dalam bidang komputer yang berasaskan pembangunan sistem komputer.
PEMBANTU PENTADBIRAN
- Mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Syarat Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM):
- Mengambil sekurang-kurangnya enam (6) mata pelajaran dalam SPM.
- Peringkat Kepujian dalam dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan lulus empat (4) mata pelajaran lain dalam satu (1) peperiksaan SPM.
- Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai:
- Had umur tidak melebihi 35 tahun.
- Berpengalaman dalam bidang pentadbiran/kewangan/perkeranian/operasi pejabat/perekodan/dokumentasi data.
- Mahir dalam kerja rekod dan dokumentasi data.
- Berpengalaman dalam mengendalikan sistem kemasukan data termasuk penggunaan perisian komputer (Microsoft Excel/Word/Powerpoint/Canva dan lain-lain).
JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon & Menghadiri Temuduga Terbuka
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan membawa borang permohonan jawatan kosong Personel MySTEP (seperti yang disediakan di hebahan rasmi) secara lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut ketika menghadiri temuduga:
- Gambar berukuran pasport hendaklah dilekatkan pada borang permohonan jawatan kosong;
- Resume;
- Salinan dokumen (tidak dikembalikan): Kad Pengenalan, sijil/transkrip akademik (Ijazah/diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM)/Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan).
- Dokumen asal: Kad Pengenalan, sijil/transkrip akademik (Ijazah/diploma/STPM/STAM/SPM/SVM PMR/PT3 atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan) dan sijil-sijil anugerah/kokurikulum dan yang berkaitan.
Pemohon juga perlu berpakaian kemas dan formal semasa menghadiri temu duga dan hadir dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Akan tetapi, bagi mengelakkan kesesakan di kawasan temu duga, hanya calon yang hendak menghadiri temu duga sahaja dibenarkan berada di kawasan temu duga. Ahli keluarga dan pengiring tidak dibenarkan masuk.
Hanya calon berjaya dan calon simpanan sahaja yang akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat atau e-mel. Manakala, bagi calon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh temu duga ini dianggap tidak berjaya.
Segala keputusan dalam urusan temu duga ini juga adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan boleh dirujuk di Portal Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) – DI SINI.