Temuduga terbuka bersama Qwork pada 30 Oktober ini: Tawaran gaji sehingga RM2,500

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan akan mengadakan satu temuduga terbuka dalam talian bersama Qwork  bagi mengisi peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Calon disarankan untuk membaca maklumat hebahan kekosongan jawatan ini secara terperinci. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara mendaftar bagi temuduga yang akan diadakan: –

Maklumat Jawatan

  1. OPERATOR GUDANG ZALORA (SEPENUH MASA)
    • Gaji: RM1,200 – RM2,500 (mengikut pengalaman)
  2. OPERATOR GUDANG ZALORA (SEPARUH MASA)
    • Gaji: RM8.50 – RM11.00 sejam

Bidang Tugas

  • Memilih dan mengemas barang gudang;
  • Menyiapkan dan menyelesaikan pesanan untuk penghantaran atau pengambilan mengikut jadual;
  • Mematuhi peraturan keselamatan.

Insentif Kerja

OPERATOR GUDANG ZALORA (SEPENUH MASA)

  • Insentif kehadiran (RM50 – RM1,200)
  • Potongan KWSP, PERKESO & SIP
  • Insentif C-19 (RM180)
  • Cuti sakit
  • Cuti tahunan
  • Insentif Zalora setiap bulan (sehingga RM400 bergantung pada prestasi)

 

OPERATOR GUDANG ZALORA (SEPARUH MASA)

  • Insentif KPI sekiranya mencapai sasaran
  • Baucar RM30 KFC/Starbucks (jika ada event)
  • Insentif syif malam RM10 (jika ada event)
  • Bawa kawan bekerja RM5/seorang

Penempatan

Block A, Mapletree Distripark (No 14, Persiaran Perusahaan Seksyen 23), 40300, Shah Alam, Selangor.

Maklumat Temuduga

Temuduga akan dilaksanakan secara atas talian (online), seperti berikut:

  • Tarikh: 30 Oktober 2021 (Sabtu)
  • Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
  • Medium: Cisco Webex

 

Calon juga amat disarankan untuk bersedia dengan penggunaan data internet yang banyak bagi temuduga ini, dan slot temuduga adalah terhad.

Cara Mendaftar

Bagi yang berminat dan ingin menyertai temuduga ini, pra-pendaftaran boleh dibuat DI SINI dengan mengisi butiran diri, kelayakan akademik, jenis jawatan yang dimohon dan sebagainya seperti yang diminta.

Untuk sebarang pertanyaan, ia boleh dikemukakan dengan menghubungi pegawai bertugas, En. Iqbal Zaim Ridzuwan (011-33443448). 

Hebahan rasmi temuduga juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…