Temuduga terbuka di Mydin Hypermarket pada 21 Januari ini: Gaji RM1,400 hingga RM2,000

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Mydin Mohamed Holdings Berhad kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat hebahan kekosongan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan kekosongan jawatan ini akan melalui temuduga terbuka anjuran Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan, Pejabat PERKESO Taiping dan ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara mendaftar bagi temuduga terbuka yang akan diadakan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEMBANTU JUALAN
    • Jantina: Lelaki/Perempuan
    • Gaji: RM1,500 – RM1,800
    • Penempatan: Mydin Hypermarket, Parit Buntar, Perak
  2. JURUWANG
    • Jantina: Lelaki/Perempuan
    • Gaji: RM1,500 – RM2,000
    • Penempatan: Mydin Hypermarket, Parit Buntar, Perak
  3. PENGAWAL KESELAMATAN
    • Jantina: Lelaki/Perempuan
    • Gaji: RM1,400 – RM1,800
    • Penempatan: Mydin Hypermarket, Parit Buntar, Perak

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Memiliki kelayakan minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf.

Cara Mendaftar

Bagi yang berminat dan ingin menyertai temuduga ini, pra-pendaftaran boleh dibuat – DI SINI dengan mengisi butiran diri, kelayakan akademik, memilih jawatan dimohon dan sebagainya seperti yang diminta.

Temuduga akan diadakan seperti maklumat di bawah:

  • Tarikh: 21 Januari 2022 (Jumaat)
  • Masa: 09.00 pagi – 12.00 tengah hari
  • Medium: Aplikasi Cisco Webex

 

Untuk sebarang pertanyaan, ia boleh dikemukakan dengan menghubungi pegawai bertugas, En. Tinakaran Krishnan di talian: 019 – 645 1672. 

Hebahan rasmi temuduga juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…