Prasarana Malaysia

Temuduga terbuka di Prasarana Malaysia Berhad: Syarat-syarat kelayakan & tarikh temuduga

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Prasarana Malaysia Berhad kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Prasarana Malaysia Berhad

PEGAWAI STESEN DAN PEGAWAI TRANSIT

  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Faedah:
    • Kenaikan Gaji Tahunan (berdasarkan prestasi kerja)
    • Elaun Syif dan Elaun Dobi (bergantung pada jadual)
    • Perlindungan Perubatan bagi Kakitangan dan Keluarga (Termasuk Pergigian dan Optik)
    • Perlindungan Insurans (Kemalangan Diri Berkelompok dan Hayat Berkelompok)
    • Caruman KWSP dan PERKESO
    • Cuti Tahunan
    • Kemudahan menggunakan perkhidmatan pengangkutan di bawah Kumpulan Prasarana secara percuma (Rel dan Bas)

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 35 tahun dan ke bawah;
  • Memiliki Diploma / Sijil Pelajaran Malaysia dan mempunyai sekurang – kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja;
  • Memiliki lesen memandu yang sah dan memiliki pengangkutan sendiri;
  • Kemahiran kendiri yang baik;
  • Perwatakan menarik dan ceria;
  • Mempunyai kemahiran dalam perkhidmatan pelanggan;
  • Mampu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
  • Bersedia bekerja mengikut syif.

Cara Memohon & Maklumat Temuduga

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan menghadiri temuduga terbuka anjuran Prasarana Malaysia Berhad:

  • Tarikh: 08 Mei 2024 (Rabu)
  • Waktu: 10 pagi – 4 petang
  • Tempat: Dewan Kenangan, Aras 18, Wisma PERKESO, Kuala Lumpur

 

Pemohon juga perlu membawa dokumen asal dan salinan resume, gambar berukuran pasport, Diploma, Transkrip Akademik, Sijil-Sijil Berkaitan, Kad Pengenalan dan Lesen Kenderaan.

Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.

Pemohon turut perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) adalah sebuah syarikat milik penuh Kerajaan yang ditubuhkan bagi melancarkan, melaksanakan dan mempercepatkan projek infrastruktur awam yang telah diluluskan oleh Kerajaan.

Prasarana dan syarikat kumpulannya merupakan pemilik aset dan pengendali perkhidmatan LRT Laluan Ampang, Laluan Kelana Jaya, Laluan KL Monorail dan rangkaian bas di Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuantan serta Bus Rapid Transit (“BRT”) Laluan Sunway dan juga pengendali perkhidmatan MRT Laluan Kajang dan Laluan Putrajaya.

Sebagai sebahagian daripada kepelbagaian tersebut, Prasarana juga menawarkan perundingan pengurusan dan kejuruteraan, dalam dan luar negara, untuk melaksanakan projek komersial dan berorientasikan transit sebagai projek infrastruktur pengangkutan utama negara melalui cabang perniagaan utamanya.

Sebagai peneraju dalam sektor pengangkutan awam, Prasarana memberi tumpuan kepada peranannya untuk memastikan misinya tercapai – sebagai pemboleh infrastruktur pengangkutan awam serta bertanggungjawab dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik. Prasarana turut berbangga dalam mengurus dan menyediakan perjalanan yang lancar melalui infrastruktur pengangkutan bersepadu kami – Rapid Rail dan Rapid Bus, yang berjaya menghubungkan berjuta-juta orang setiap hari.

Misi utama Prasarana adalah untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam melalui perkhidmatan yang Dipercayai, Mampu Milik, Mahir, Bersepadu dan Dinamik secara mampan.

Hala tuju dan dasar Prasarana dipandu oleh Lembaga Pengarahnya yang diketuai oleh Pengerusi bukan eksekutif, manakala operasi harian diuruskan oleh Pasukan Kepimpinan Kanan, yang diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

Ibu pejabatnya adalah Prasarana Tower, Jalan PJU 1A/46, Ara Damansara, Pju 1a, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM500 dikreditkan setiap bulan kepada warga emas (60 tahun dan ke atas): Cara memohon

Bantuan RM500 dikreditkan setiap bulan kepada warga emas (60 tahun dan ke atas): Cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Pendapatan bawah RM10,959 layak terima Bantuan RM500: Cara buat permohonan

Pendapatan bawah RM10,959 layak terima Bantuan RM500: Cara buat permohonan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat  Persekutuan atau…
Pengambilan lebih 30 kekosongan di Kementerian Kerja Raya Malaysia: Gaji RM2,529 - RM9,643

Pengambilan lebih 30 kekosongan di Kementerian Kerja Raya Malaysia: Gaji RM2,529 - RM9,643

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…