Temuduga terbuka jawatan kosong di Honda Malaysia Sdn Bhd: Senarai jawatan & cara mendaftar

Berita gembira kepada yang sedang mencari pekerjaan, kini syarikat automatif terkemuka dunia – Honda Malaysia Sdn Bhd sedang membuka beberapa kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya di Malaysia. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di Honda Malaysia Sdn Bhd adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Temuduga terbuka ini adalah anjuran PERKESO Negeri Melaka dengan kerjasama Honda Malaysia.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara mendaftar bagi temuduga yang akan diadakan: –

Maklumat jawatan:

Jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Operator Pengeluaran

  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM1,200 – RM1,400

 

Juruteknik 

  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM1,500 – RM1,999

 

Syarat-syarat kelayakan

Bagi lantikan jawatan, calon mestilah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Operator Pengeluaran

  • Memiliki sekurangnya Sijil di peringkat Penilaian Menengah Rendah/ Pentaksiran Sekolah Menengah atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya.
  • Terbuka kepada calon lelaki berumur 19 hingga 35 tahun

 

Juruteknik 

  • Memiliki sekurangnya Diploma atau yang setaraf dengannya dalam bidang berkaitan dengan jawatan.
  • Terbuka kepada calon lelaki berumur 19 hingga 35 tahun

 

Maklumat temuduga

Temuduga terbuka ini akan dilaksanakan secara atas talian (online) dengan dikendalikan oleh PERKESO Negeri Melaka.

  • Tarikh: 14 Jun 2021 (Isnin)
  • Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang
  • Medium: Cisco Webex

 

Untuk temuduga melalui aplikasi Cisco Webex, pautan, id dan kata laluan akan diberikan melalui email selepas peserta berjaya menghantar pendaftaran temuduga dalam talian.

Cara pendaftaran

Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh didapati DI SINI. Manakala, pra-pendaftaran temuduga boleh dibuat melalui LAMAN INI dengan mengisi maklumat pengenalan diri, kelayakan akademik dan sebagainya seperti yang diminta.

Calon dikehendaki melengkapkan maklumat dengan tepat, bagi memastikan pihak PERKESO dan Honda Malaysia dapat menilai kelayakan calon.

Untuk sebarang pertanyaan, ia boleh dikemukakan dengan menghubungi pegawai bertugas, Cik Alia di talian: 014-9092123 atau melalui e-mel: [email protected]

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…
Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…