Pos Aviation

Temuduga Terbuka Pos Aviation Sdn Bhd Sesi November 2024: Minima SPM, Tawaran Gaji RM2,250

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pos Aviation Sdn Bhd kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Pos Aviation Sdn Bhd

PEMBANTU PERKHIDMATAN RAMP (RAMP SERVICE ASSISTANT)

  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Kekosongan: 30
  • Gaji :RM2,250 termasuk Elaun(serta faedah-faedah yang menarik).

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Memiliki sekurang-kurangnya tamat persekolahan sekolah menengah, minimum SPM/SAP/SPMV/SKM/STPM atau setaraf;
  • Terbuka kepada calon lelaki dan wanita;
  • Berumur 19 hingga 40 tahun.
  • Merupakan warganegara Malaysia;
  • Sihat tubuh badan;
  • Boleh bekerja shif dan lebih masa;
  • Tidak mempunyai rekod jenayah;
  • Memiliki lesen memandu sah kelas ‘D’ (tempoh percubaan ‘P’ tidak boleh memohon). Kelonggaran diberi jika lesen memandu ‘P’, akan dapat lesen TETAP pada bulan terdekat seperti NOVEMBER 2024 boleh memohon.

Bidang Tugas

Mengendalikan peralatan/ jentera bantuan darat serta bagasi di lapangan terbang (di bahagian ‘ramp/ airside’).

Maklumat Temuduga

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan membuat pendaftaran dahulu di Borang Permohonan Atas Talian POS Aviation Sdn Bhd.

Pemohon kemudiannya perlu menghadiri temuduga terbuka anjuran POS Aviation dengan membawa Online Application form yang telah diisi dan cetak; resume terkini/ CV serta dokumen asal dan salinan Kad Pengenalan, lesen memandu dan sijil – sijil akademik (Contoh: Sijil SPM & Sijil Berhenti Sekolah).

Hanya calon yang berjaya disenarai pendek akan dihubungi untuk urusan selanjutnya. Masa temuduga yang ditetapkan adalah dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

Bagi maklumat lanjut berkenaan hebahan kekosongan ini dan pendaftarannya, ia boleh dibuat dan dilihat di Portal Rasmi POS Aviation – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Menghadiri temuduga pekerjaan memerlukan persediaan rapi untuk meningkatkan peluang anda berjaya. Oleh hal yang demikian, berikut adalah langkah-langkah penting yang boleh diambil bagi mereka yang akan menghadiri temuduga pekerjaan:

Kajian Tentang Syarikat

Kenali syarikat yang anda mohon. Lawati laman web mereka untuk memahami visi, misi, dan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Pengetahuan ini menunjukkan minat anda terhadap syarikat dan membantu anda menjawab soalan dengan lebih baik.

Fahami Jawatan yang Dipohon

Teliti deskripsi kerja dan pastikan anda memahami peranan serta tanggungjawab jawatan tersebut. Fikirkan bagaimana pengalaman dan kemahiran anda relevan dengan keperluan jawatan itu.

Sediakan Dokumen Penting

Bawa salinan resume terkini, sijil akademik, portfolio (jika berkaitan), dan dokumen lain yang diperlukan. Susun semuanya dengan kemas dalam fail untuk memudahkan akses semasa temuduga.

Berlatih Soalan Temuduga

Latih jawapan kepada soalan-soalan lazim seperti “Ceritakan tentang diri anda” atau “Mengapa anda berminat dengan jawatan ini?” Bersedia juga untuk menjawab soalan teknikal atau situasi berkaitan bidang anda.

Penampilan Profesional

Pakai pakaian yang sesuai dan kemas. Elakkan pakaian yang terlalu kasual atau terlalu terang. Penampilan profesional memberi kesan pertama yang baik.

Persediaan Fizikal dan Mental

Tidur awal malam sebelum temuduga dan makan sarapan ringan untuk kekal bertenaga. Datang awal ke lokasi temuduga untuk mengelakkan tekanan akibat kelewatan.

Sikap Positif dan Keyakinan Diri

Tunjukkan keyakinan, tetapi jangan keterlaluan. Pastikan anda bersikap sopan, mendengar dengan teliti, dan menjawab soalan dengan jelas.

Dengan persiapan ini, anda akan lebih bersedia dan yakin untuk menghadapi temuduga. Semoga berjaya!

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas RM2,000 Dibayar Secara Automatik: Maklumat Penerima & Tarikh Pembayaran

Bantuan Khas RM2,000 Dibayar Secara Automatik: Maklumat Penerima & Tarikh Pembayaran

Penjawat awam merupakan tulang belakang kepada pembangunan negara, memainkan peranan penting dalam melaksanakan dasar, menyampaikan perkhidmatan, dan memastikan kestabilan sistem…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar Bulan Depan: Semua Layak Terima & Tidak perlu memohon

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar Bulan Depan: Semua Layak Terima & Tidak perlu memohon

Awal persekolahan adalah fasa yang amat penting dalam kehidupan seorang kanak-kanak. Ia bukan sahaja menjadi permulaan kepada perjalanan pendidikan formal,…
Cara Memohon Pengeluaran Simpanan Akaun 3 KWSP: Semua rakyat Malaysia boleh memohon

Cara Memohon Pengeluaran Simpanan Akaun 3 KWSP: Semua rakyat Malaysia boleh memohon

Simpanan persaraan adalah asas penting untuk memastikan kesejahteraan kewangan di usia tua. Ia bukan sekadar simpanan biasa, tetapi satu jaminan…