Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, POS Aviation Sdn Bhd kini sedang membuka pengambilan jawatan banyak kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong POS Aviation Sdn Bhd
PEMBANTU KESELAMATAN (PEMBANTU KESELAMATAN)
- Taraf Jawatan: Tetap
- Lokasi: Sepang, Selangor
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Calon sekurang-kurangnya tamat persekolahan sekolah menengah, minimum SPM/ SPMV/ SKM/ STPM atau setaraf;
- Memiliki lesen memandu sah kelas ‘B2’ & ‘D’ (tempoh percubaan ‘P’ TIDAK layak memohon).;
- Terbuka kepada PEREMPUAN SAHAJA;
- Berumur 19 hingga 40 Tahun;
- Bekas anggota pesara Polis atau Tentera adalah digalakkan untuk memohon;
- Boleh bekerja secara syif dan lebih masa serta sihat tubuh badan;
- Tidak mempunyai rekod jenayah;
- Telah divaksin sepenuhnya.
Bidang Tugas
Bertanggungjawab terhadap aspek-aspek sekuriti yang telah ditetapkan serta memastikan keberkesanan operasi sekuriti di semua premis Pos Aviation dan keselamatan lapangan terbang secara keseluruhannya.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan membuat pendaftaran dahulu di Borang Permohonan Atas Talian POS Aviation Sdn Bhd.
Pemohon kemudiannya perlu menghadiri temuduga terbuka anjuran POS Aviation seperti maklumat berikut:
- Tarikh: 02 Oktober 2024
- Masa: 9 pagi hingga 12 tengah hari
- Tempat: POS Aviation Sdn. Bhd. Ibu Pejabat /katering, Jalan KLIA S6, Southern Support Zone, 64000 KLIA, Sepang, Selangor.
Pemohon juga perlu membawa dokumen-dokumen berikut ketika membuat permohonan:
- Borang Permohonan Atas Talian yang telah diisi dan cetak / print dengan layari laman web diberikan dibawah;
- Resume terkini/ CV;
- Dokumen asal & salinan Kad Pengenalan, lesen memandu dan sijil – sijil akademik (Contoh: Sijil SPM & Sijil Berhenti Sekolah).
Maklumat lanjut berkenaan hebahan kekosongan ini dan pendaftaran boleh dibuat dan dilihat di Portal Rasmi POS Aviation – DI SINI.
Maklumat Tambahan walk-in-interview
Dalam masa sama, POS Aviation juga menganjurkan walk-in-interview pada 30 September 2024. Jawatan yang ditawarkan adalah berkaitan dengan Pengendalian Penumpang, Daftar Masuk, Pengurusan Pintu Gerbang, Sisir Beratur, Bertemu dan Membantu, Perkhidmatan Pengendalian Khas, Perkhidmatan Bagasi (Hilang & Dijumpai) penumpang syarikat penerbangan di lapangan terbang.
Tanggungjawab bagi jawatan yang ditawarkan pula adalah seperti berikut:
- Bertanggungjawab untuk operasi yang selamat dan cekap bagi perkhidmatan pengendalian darat lapangan terbang di dalam pihak berkuasa;
- Bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan keselamatan dalam hubungannya;
- Untuk mengurus penumpang dengan baik dan memastikan tahap kepuasan pelanggan sentiasa tinggi;
- Untuk memastikan kecukupan operasi di meja daftar masuk atau di pintu pagar;
- Memproses penumpang dan bagasi mengikut prosedur yang ditetapkan dan keperluan syarikat penerbangan;
- Bertanggungjawab untuk dokumentasi perbualan dan perbincangan dengan pelanggan jika perlu;
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan.
Syarat-syarat kelayakan bagi jawatan pula adalah:
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Kepujian Minimum 5 dalam Bahasa Inggeris dan serkebolehan berbahasa B Bahasa Inggeris dengan lancar;
- Warganegara Malaysia;
- Tiada rekod jenayah;
- Fasih berbahasa Inggeris & Bahasa Malaysia. Kebolehan bertutur dalam bahasa ke-3 adalah satu kelebihan (Mandarin / Cantonese / Arabic dan lain);
- Warganegara Malaysia berumur 19 hingga 35 tahun;
- Mampu bekerja secara syif;
- Sikap yang baik dan personaliti yang menyenangkan;
- Keutamaan kepada calon yang boleh bekerja secepat mungkin;
- Telah divaksin sepenuhnya.
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan permohonan boleh dibuat secara atas talian POS Aviation dan kemudiannya perlu menghadiri temuduga seperti maklumat berikut:
- Tarikh: 30 September 2024
- Masa: 9 pagi hingga 12 tengah hari
- Tempat: POS Aviation Sdn. Bhd. Ibu Pejabat /katering, Jalan KLIA S6, Southern Support Zone, 64000 KLIA, Sepang, Selangor.
Pemohon juga hendaklah membawa dokumen-dokumen berikut ketika membuat permohonan:
- Borang Permohonan Atas Talian yang telah diisi dan cetak / print dengan layari laman web diberikan dibawah;
- Resume terkini/ CV;
- Dokumen asal & salinan Kad Pengenalan, lesen memandu dan sijil – sijil akademik (Contoh: Sijil SPM & Sijil Berhenti Sekolah).
Maklumat lanjut berkenaan hebahan kekosongan ini dan pendaftaran boleh dibuat dan dilihat di Portal Rasmi POS Aviation – DI SINI.