Temuduga tertutup banyak jawatan di 3 buah syarikat: Tawaran gaji sehingga RM2,000/sebulan

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Perak akan menganjurkan program Temu Duga Tertutup bagi mengisi pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Program ini akan melibatkan 3 buah syarikat dan calon disarankan untuk membaca maklumat hebahan kekosongan jawatan ini secara terperinci. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan karnival yang bakal diadakan: –

Syarikat & Jawatan

  1. GERBANG ALAF RESTAURANTS SDN BHD (MCDONALD’S MALAYSIA)
    1. Kru Restoran
    2. Perantis SLDN
  2. OLDTOWN WHITE COFFEE
    • Pelayan
    • Penyelia
    • Kru Bar/Dapur
  3. TF VALUE-MART SDN BHD
    • Juruwang
    • Pembantu Khidmat Pelanggan
    • Pembantu Jualan (Bahagian Basah)
    • Pembantu Jualan (Bahagian Elektrik)
    • Pembantu Jualan (Bahagian Timbang)
    • Pembantu Jualan (Bahagian Makanan Kering)

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Memiliki kelayakan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf;
  • Gaji/Elaun adalah dari RM1,000 sehingga RM2,000 mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

Untuk maklumat lengkap gaji dan kelayakan akademik setiap jawatan, rujuk – DI SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan ingin menyertai temuduga ini, pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Calon dikehendaki memilih syarikat, jawatan yang ingin dimohon, mengisi butiran diri, kelayakan akademik dan sebagainya seperti yang diminta di borang pendaftaran atas talian berkenaan.

Calon yang layak kemudiannya akan dihubungi untuk sesi temu duga tertutup bersama majikan tersebut.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi pegawai bertugas Puan Syazlynn di talian: 013 – 658 8618

Tarikh tutup permohonan pada 28 Februari 2022 (ISNIN).

Hebahan rasmi temuduga tertutup juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…