Temuduga tertutup di McDonalds & Ayamas ~ Minima SPM, Gaji RM1,300 – RM7,500

Khabar gembira kepada yang sedang mencari pekerjaan, McDonalds dan Ayamas Food Corp Sdn Bhd kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di dua buah syarikat ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

Pengambilan jawatan-jawatan ini terbuka di Pulau Pinang dan ia adalah program anjuran PERKESO Pulau Pinang dengan kerjasama McDonalds dan Ayamas Food Corp Sdn Bhd.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

McDonalds

  • Krew Restoran
    • Gaji: RM5.80/jam

 

Ayamas

  • Chargeman BO 11 KV
    • Gaji: RM7,500
  • Pembantu Makmal
    • RM1,600
  • Juruteknik Peti Sejuk
    • RM1,500
  • Penyelia
    • RM2,200
  • Ketua Barisan (Line Leader)
    • RM1,300

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Diploma mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

*Untuk maklumat terperinci syarat kelayakan setiap jawatan, KLIK SINI.

Cara memohon

Bagi yang berminat dan berkelayakan, permohonan boleh dibuat dengan melakukan pendaftaran DI SINI. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temu duga.

Calon yang terpilih akan dihubungi oleh pihak PERKESO bagi makluman platform temuduga (online) dan tarikh temuduga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 JULAI 2021.  Untuk maklumat rasmi iklan kekosongan jawatan, boleh KLIK SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…