Temuduga tertutup di pelbagai syarikat: Tawaran gaji dari RM1,400 sehingga RM2,200

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Taiping akan menganjurkan program Temu Duga Tertutup bagi mengisi pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Program ini akan melibatkan 3 buah syarikat dan calon disarankan untuk membaca maklumat hebahan kekosongan jawatan ini secara terperinci. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan karnival yang bakal diadakan: –

Syarikat & Jawatan

  1. TELEFLEX MEDICAL SDN BHD
    • Operator Pengeluaran 
      • Gaji: RM2,200
  2. OLD TOWN KOPITIAM SDN BHD (Seluruh cawangan di Malaysia)
    • Service Associates
      • Gaji: RM1,500 – RM1,600
    • Kru Dapur
      • Gaji: RM1,500 – RM1,600
    • Kru Bar
      • Gaji: RM1,500 – RM1,600
    • Pembantu Pengurus Restoran
      • Gaji: RM1,800 – RM2,000
    • Pengurus Restoran
      • Gaji: RM2,000 – RM2,800
  3. MYDIN HYPERMARKET PARIT BUNTAR
    • Pembantu Jualan
      • Gaji: RM1,500 – RM1,800
    • Juruwang
      • Gaji: RM1,500 – RM2,000
    • Pengawal Keselamatan
      • Gaji: Rm1,400 – RM1,800

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • OKU pembelajaran juga digalakkan memohon untuk jawatan-jawatan di Old Town Kopitiam Sdn Bhd.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan ingin menyertai temuduga ini, pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Calon dikehendaki memilih syarikat, jawatan yang ingin dimohon, mengisi butiran diri, kelayakan akademik dan sebagainya seperti yang diminta di borang pendaftaran atas talian berkenaan.

Calon yang layak kemudiannya akan dihubungi untuk sesi temu duga tertutup bersama majikan tersebut.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi pegawai bertugas En. Tinakaran Krishnan di talian: 019 – 645 1672

Tarikh tutup permohonan pada 06 Mac 2022 (AHAD).

Hebahan rasmi temuduga tertutup juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…