Temuduga tertutup di Yamaha, Procast Technologies & Macdonald’s: Tarikh tutup 15 April 2022

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Perak akan menganjurkan program Temu Duga Tertutup bagi mengisi pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Program ini akan melibatkan 3 buah syarikat dan calon disarankan untuk membaca maklumat hebahan kekosongan jawatan ini secara terperinci. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan temuduga tertutup yang bakal diadakan: –

Syarikat & Jawatan

  1. GERBANG ALAF RESTAURANTS SDN BHD (MACDONALD’S MALAYSIA )
    • Kru Restoran
    • Perantis SLDN (SKM 2 & 3 Penyediaan & perkhidmatan makanan segera)
  2. PROCAST TECHNOLOGIES SDN BHD
    • Fibreglass Mouldmaker
    • Fibreglass Moulding Technician
  3. YAMAHA ELECTRONICS MANUFACTURING (M) SDN BHD
    • Moulding Executive
    • Juruteknik Elektronik
    • Pegawai Keselamatan
    • Juruteknik Spray
    • Jurutera Mekanikal
    • Penyelia Pengeluaran

Syarat-syarat Am Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Boleh bekerja di negeri Perak.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan ingin menyertai temuduga ini, pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Calon dikehendaki memilih syarikat, jawatan yang ingin dimohon, mengisi butiran diri, kelayakan akademik dan sebagainya seperti yang diminta di borang pendaftaran atas talian berkenaan.

Calon yang layak kemudiannya akan dihubungi untuk sesi temu duga tertutup bersama majikan tersebut.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi pegawai bertugas Pn Ashvannie di talian: 019- 643 7831.

Tarikh tutup permohonan pada 15 APRIL 2022 (JUMAAT).

Hebahan rasmi temuduga tertutup juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar ini, pelbagai jenis inisiatif, bantuan dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada…
YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…