Temuduga tertutup pelbagai jawatan di Sime Darby Plantation: Senarai jawatan & cara memohon

Sejarah penubuhan Sime Darby Plantation Berhad boleh ditelusuri dengan evolusi dan penggabungan tiga syarikat yang berasingan iaitu Sime Darby Berhad, Golden Hope Plantations Berhad dan Kumpulan Guthrie Berhad yang membentuk Kumpulan Sime Darby.

Sebagai syarikat perladangan global yang terintegrasi, Sime Darby Plantation Berhad juga terlibat dalam pelbagai aktiviti di sepanjang rantaian nilai minyak sawit, merangkumi operasi hiliran, Penyelidikan & Pembangunan, pembaharuan dan perniagaan agro. Ia turut melibatkan banyak negara temasuk Malaysia, Indonesia, Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon.

Selaras dengan peranannya itu, kini Sime Darby Plantation Berhad dengan kerjasama Pejabat PERKESO Kluang telah menganjurkan temuduga tertutup bagi memberi peluang kepada mereka yang mencari pekerjaan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Pekerja Am – RM1,100
  2. Pemandu MB (Mechanical Buffalo) – RM2,000
  3. Tukang Rumah – RM1,500
  4. Pengait Buah – RM2,000
  5. Pemangkas Daun – RM1,500
  6. Pengutip Biji Relai – RM1,500
  7. Tukang Kimpal – RM1,500
  8. Medical Assistant – RM1,800

 

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh didapati DI SINI dan permohonan boleh dibuat secara atas di laman sama dengan memilih jawatan yang ingin dimohon.

Selain itu, pemohon juga boleh menghantar resume ke: [email protected]. Pemohon yang layak akan dihubungi untuk menghadiri temuduga.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi pegawai terlibat: Nuradiyana di talian 018-3607703 atau melalui emel seperti di atas.

Klik imej atau sini untuk lihat dengan lebih jelas.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

RM3,000 Telah Dibayar Terus Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Januari 2025): Maklumat Bantuan BKK 2025

RM3,000 Telah Dibayar Terus Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Januari 2025): Maklumat Bantuan BKK 2025

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, bantuan kewangan daripada kerajaan dan organisasi lain menjadi penyelamat kepada ramai individu dan keluarga. Bantuan…
RM100 Telah Mula Dikreditkan Ke Kad Pengenalan/MyKad Penerima: Ini Cara Menggunakannya

RM100 Telah Mula Dikreditkan Ke Kad Pengenalan/MyKad Penerima: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40, atau 40 peratus kumpulan isi rumah dengan pendapatan terendah di Malaysia, sering menjadi tumpuan utama dalam pelbagai dasar…
Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…