Terbuka khusus untuk golongan Bumiputera: Ini cara memohon kewangan SEMAi RM50,000

Untuk membantu masyarakat dalam usaha menjana pendapatan, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif dan bantuan kepada yang layak.

Antaranya melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) – iaitu sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Skim Pembiayaan Lepasan IPMa (SEMAi). Pada asasnya, SEMAi adalah sebuah kemudahan pembiayaan perniagaan kepada lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) bagi menjalankan perniagaan yang bersifat komersil.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan skim ini: –

Syarat-syarat Asas

  • Warganegara dan Bumiputera;
  • Berumur 18-60 tahun;
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM);
  • Mempunyai premis perniagaan;
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa;
  • Perniagaan patuh Syariah;
  • Bebas dari senarai hitam MARA;
  • Lulus ujian psikometrik (markah 50% ke atas).

Syarat-syarat Khusus

  • Lepasan IPMa yang menamatkan pengajian dengan jayanya (senarai IPMa – DI SINI);
  • Mendapat surat sokongan daripada Pengawal Pusat di tempat menjalani latihan / belajar;
  • Memula/ mempertingkatkan perniagaan yang sama atau berkaitan dengan kursus yang diikuti di IPMa; Atau
  • Menjalankan perniagaan dalam bidang yang lain sekurang-kurangnya enam bulan.

Kadar SEMAi

Pembiayaan SEMAi adalah minima RM10,000 dan maksimum RM50,000. Skop pembiayaan ini adalah merangkumi modal pusingan, pembelian mesin dan peralatan serta ubah suai premis perniagaan.

Tempoh pembiayaannya pula adalah 1 hingga 5 tahun berdasarkan kelayakan dan pilihan pemohon. Ia juga tidak melibatkan jaminan dan cagaran.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan SEMAi boleh dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Pembiayaan MARA – DI SINI.

Senarai semak dokumen yang diperlukan untuk permohonan pembiayaan ini boleh dilihat – DI SINI (PDF).

Untuk maklumat terperinci dan lengkap berkenaan SEMAi boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…