Terbuka untuk Warganegara & Bumiputera: Ini cara memohon minima RM3,000 di bawah program MARA

Dalam usaha melahirkan masyarakat membangun dan maju dalam pelbagai bidang, pelbagai jenis skim telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Antaranya termasuklah melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK). Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan program ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan Bumiputera;
  • Berumur 18 – 60 tahun;
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM);
  • Mempunyai tapak/ premis/ bengkel perniagaan;
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa;
  • Perniagaan beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan dan tidak melebihi (5) tahun;
  • Perniagaan patuh Syariah;
  • Bebas dari senarai hitam MARA;
  • Mempunyai Ijazah/Diploma/Sijil Kemahiran Teknikal daripada IPMa / Institusi teknikal kerajaan atau swasta.

Had Pembiayaan

Melalui PUTEK, had pembiayaan yang ditetapkan adalah minimum RM3,000 dan maksimum RM500,000. Skop pembiayaan pula adalah bagi:

  • Pembelian Mesin dan Peralatan;
  • Modal Pusingan (Usahawan baru sahaja) Merangkumi:
    • 60% pembiayaan
    • 40% geran (sekiranya bayaran adalah baik)

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan MARA, permohonan PUTEK boleh dibuat secara atas talian melalui Sistem Permohonan Pembiayaan MARA.

Pemohon bagaimanapun perlu memastikan setiap maklumat yang diberikan benar, tepat dan jelas bagi memudahkan urusan permohonan.

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan pembiayaan MARA adalah mengikut Senarai Semak Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA yang boleh didapati di sistem berkenaan.

Bagi maklumat lengkap berkenaan program ini sila rujuk DI SINI dan permohonan boleh dikemukakan di PAUTAN INI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…