Terima sumbangan RM480: Syarat – syarat & cara mendaftar insentif i-Suri

Pelbagai usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi menggalakkan masyarakat di negara ini supaya memiliki simpanan sendiri, tidak kiralah untuk mereka yang bekerja atau tidak bekerja.

Oleh itu, kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan insentif i-Suri, yang membolehkan golongan suri rumah untuk mencarum di KWSP.

I-Suri juga bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Syarat-syarat kelayakan

Kepada yang ingin menyertai i-Suri mereka perlulah menepati syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

Faedah-faedah i-Suri

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480/setahun
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian sebanyak RM2,500

Cara mendaftar

Bagi yang berminat untuk menyertai i-Suri, pendaftaran boleh dibuat di mana-mana cawangan KWSP terdekat dengan membawa Kad Pengenalan (MyKad).

Caruman pula boleh dibuat dengan beberapa kaedah seperti:

  • Perbankan Internet
  • Kaunter Ejen Bank (tunai/cek)
  • Ejen Bank Berdaftar (Ejen Bank (EB) BSN)
  • Kaunter KWSP (tunai)

 

Untuk maklumat i-Suri secara lebih terperinci, boleh rujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…
Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…